SJ-10-0078 : GMF

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0078 : GMF

mohon pencerahan dari ust2 AAN

bioteknologi - guna satu atau beberapa gen dari babi.kemudian gen ini dipindahkan kepada genom ayam. gen yang dipindahkan ini membolehkan ayam itu lebih besar (banyak dagingnya) dan tempoh pembiakan yang lebih singkat.

soalannya halal ke ayam itu dan keturunannya dimakan?berlakukah proses istihalah?

Tq in advance

SJ-10-0078 : GMF

Al-hamdulillah.....

Al-jawab..

Hal ini telah banyak kali kami bahaskan samada dalam ruangan soal jawab feqh atau pun dalam ruangan diskusi...Untuk mendapatkan jawapan terhadap persoalan tersebut , sila klik link dibawah ini :

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33742&highlight=istihalah&sid=245949d54f7d419dcfe3bb970bb9c6fc

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=34072&highlight=enzim+babi&sid=245949d54f7d419dcfe3bb970bb9c6fc

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33711&highlight=enzim+babi&sid=245949d54f7d419dcfe3bb970bb9c6fc

Quote:
berlakukah proses istihalah?

Sepatutnya samada proses ini berlaku atau tidak berlaku , adalah terletak dalam bidang tugas para pengkaji dan penyelidik atau doktor saintis dan sebagainya.....

Jika berlaku proses istihalah atau istihlak , maka makanan tersebut boleh dimakan.Manakala jika proses tersebut tidak berlaku , yang mana segala zat dan sifat bahan haram itu masih ada lagi , maka jelas makanan tersebut tidak boleh dimakan.

Sungguh pun begitu perlu dingat bahawa , kebenaran atau keharusan mengguna pakai bahan-bahan yang dilarang dalam Islam dalam pembuatan makanan ialah berdasarkan syarat-syarat tertentu seperti , bahan tersebut mesti digunakan dalam membuat sesuatu makanan tersebut yang mana jika tidak menggunakan bahan itu , maka makanan tersebut tidak dapat dihasilkan dengan sempurna , untuk keterangan lanjut sila rujuk link dibawah :

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=34409&sid=f5e26a5d615c12f97593f26086c53a10

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com