SJ-11-0058 : medical insurance oleh syarikat tempat bekerja

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0058 : medical insurance oleh syarikat tempat bekerja

:salam

Tuan panel al-ahkam:

Syarikat tempat saya bekerja menawarkan skim perlindungan kesihatan (medical insurance) yang mana sebahagian besar premiumnya di-subsidize oleh pihak syarikat. Namun pekerja masih perlu membayar sebahagian kecil premiumnya. Ia adalah 'benefit' yg optional kpd pekerja yg berhasrat utk menyertainya bagi menampung perbelanjaan perubatan yg memerlukan cost yg tinggi sprt pembedahan dan sbgnya. apakah ia di bolehkan?

Jika sekiranya pihak syarikat mewajibkan penyertaan dgn potongan gaji utk membayar premium tersebut. Adakah dibolehkan utk kita menggunakannya. Maksudnya bila masuk hospital, cost perubatan tu pakai insurance coverange plan tersebut? atau kita kena keluar duit sendiri kerana tidak mahu terlibat dengan insurance tersebut w/pon membayarnya?

terima kasih atas jawapan tuan panel. wslm

SJ-11-0058 : medical insurance oleh syarikat tempat bekerja

:wassalam

alJawab:

Sejak akta Takaful 1984, Malaysia telah membahagikan industri insuran kepada insuran Konvensional dan insuran syari'ah (takaful).

Maka jika insuran polisi (baik insuran am atau insuran nyawa) yang sepatutnya diambil oleh pekerja muslim ialah insuran berasaskan syari'ah (takaful am dan hayat), maka insuran medical itu adalah harus.

Yang menjadi isu sekarang ialah apakah syarikat anda memberi opsen (pilihan) kepada pekerja muslim utk memilih polisi kesihatan takaful atau tidak?

Jika mereka tidak bertolak ansur dan hanya menawarkan polisi insuran kesihatan konvensional shj, maka anda dibolehkan juga mengambilnya memandangkan sebahagian besar premium telah disubsidi oleh syarikat anda. Ini adalah utk melindungi keselamatan anda dalam keadaan dharurat. Kalau boleh satu usaha bersama oleh pekerja muslim supaya majikan turut menawarkan pakej insuran takaful kepada pekerja Islam.

Dalilnya ialah firman Allah SWT
" maka barangsiapa yg terpaksa (mengambilnya) sedang ia tidak ingin dan tidak pula melampui batas, mak tidak ada dosanya." AQ 12 (alBaqarah) 173

Ini kerana hospital swasta spt SJMC, GleanEagle, Pantai tidak akan merawat pesakit tanpa insuran..

sekian