SJ-11-0115 : Syarat perjanjian jual-beli Syafi'iyyah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0115 : Syarat perjanjian jual-beli Syafi'iyyah

:salam

Saya ada terdengar bhw mengikut mazhab Syafi'iyyah, tidak boleh bersyarat dlm urusan jual beli. Manakala mazhab2 lain membolehkan. Apakah maksudnya & adakah benar sedemikian? Jika bener, bagaimana pula dgn apa yg berlaku terutama di negara kita yg beramal dgn mazhab syafi'iyyah amnya?? sahkah sesuatu perniagaan tsb?? jkk

SJ-11-0115 : Syarat perjanjian jual-beli Syafi'iyyah

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã áì ÑÓæá Çááå
æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

masalah syarat dalam jual beli, dilihat kepada jenis syarat, iaitu:

i- syarat yg berkaitan dengan maslahah, dan tidak menafikan tujuan pembelian. contohnya: kita beli daging di pasar, dan mensyaratkan suapaya penjual daging memotong daging kecik2. atau kita beli almari di kedai dan menyaratkan penjual menghantar almari itu di rumah.
syarat jenis ini dibenarkan dalah syak, hatta dalam mazhab syafie. kerana sabit dalam hadis sahih bukhari dan muslim: Nabi membeli unta daripada Jabir, dan Jabir menSYARATkan untuk menaikinya dahulu sehingga sampai di madinah. dan nabi membenarkannya.

ii- Syarat yg menafikan maksud jual beli. contohnya A menjual kereta kepada B, dan A menyaratkan supaya B jangan jual kereta itu pd org lain. Ataupun A menjual rumah pada B, dan menyaratkan supaya B jangan duduk kat rumah itu.
syarat seperti inilah yg disebut dalam mazhab syafie, dan mazhab2 lain juga bahawa ia batil. mazhab syafie mengatakan jual beli itu batal serta merta, manakala ada mazhab yg hanya memBATALkan syarat, dan jual beli itu sah.
dan ada mazhab (Ahmad) yg membenarkan syarat seperti itu dengan satu syarat sahaja, tidak boleh lebih dari satu.

wallahu a'lam,