SJ-11-0143 : Zakat Kepada Anak Saudara

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0143 : Zakat Kepada Anak Saudara

Assalamualaikum Saudara/saudari

Saya ingin bertanya:

Saya berhajat untuk membayar/menggunakan wang zakat saya bagi membina tempat tinggal anak saudara saya yg tidak mempunyai rumah serta menumpang belas ikhsan ibu bapa yg mempunyai ramai anak juga. masalahnya saya sendiri yg akan menguruskan pembinaan rumah tersebut tanpa memberi wang zakat itu kpd beliau takut kalau2 duit digunakan untuk tujuan lain pula atau diperlekehkan oleh suami yg tak bertanggung jawab.

Untuk maklluman saudara anak saudara saya ini mempunyai 7 orang anak yg sedang membesar tiada bilik yg sempurna, beliau tidak berkerja,kurang dapat perhatian dari suami yg juga tidak berkerja tetap tetapi mempunyai 2 isteri

Adakah beliau layak dapat wang zakat dari saya dan adakah saya boleh jugakan nya untuk buat rumah setelah memberi tahu beliau bahawa ini adalah wang zakat saya untuk kamu dan saya akan jugakan nya untuk buat rumah untuk kamu(sebagai akad supaya zakat saya sah disisi syaraknya)

Jawapan Saudara mengenai perkara ini saya sudahi dengan ucapaan terima kasih

SJ-11-0143 : Zakat Kepada Anak Saudara

:wassalam

Jawapan :

Zakat disyariatkan oleh Allah swt adalah untuk membantu golongan fakir miskin yang hidup dalam kesusahan dan mengharapkan belas kasihan masyarakat sekeliling.Maka dengan sebab itulah golongan sasaran yang wajib mengeluarkan zakat ialah dari kalangan mereka yang kaya dan berkemampuan. Sebagaimana sabda Rasulullah saw dalam sebuah hadis ketika mana Baginda saw mengutus Muaz bin Jabal ke Yaman :

ÊÄÎÐ ãä ÃÛÜÜÜäíÇÆÜÜÜÜåã ÝÊÑÏ Ýí ÝÜÜÞÑÇÆÜÜÜåã

“Sedekah (zakat) itu diambil daripada orang-orang kaya dan diberikan kepada orang-orang miskin”
(HR Bukhari : 1395 dan Muslim : 19)

Dari segi pembahagian atau pengagihan zakat , ianya tidak boleh diberikan kepada isteri , anak atau kedua ibu bapa. Ini kerana kesemua mereka itu adalah di bawah tanggungan dan menjadi sebahagian daripadanya serta berkewajipan memberi nafkah kepada mereka. Maka, jika ia memberi juga zakat kepada mereka ini , bererti sama seperti memberi zakat atau mengembalikannya kepada diri sendiri.(Hudal Islam , Fatawa al-Mu’asirah , Dr Yusof al-Qaradhawi , Dar al-Qalam li al-Nasyr wa al-Tauzi’ , Kuwait , 1989)

Maka dalam persoalan sauudara ini, zakat yang ingin dikeluarkan oleh saudara kepada anak saudara, adalah dibolehkan atas sebab kemiskinan yang melanda keluarga mereka dan juga kerana anak saudara tersebut tidaklah termasuk dikalangan tanggungan dan wajib nafkah kepadanya seperti golongan yang telah disebutkan di atas.

Mengenai dengan persoalan saudara ingin memberi zakat dalam bentuk binaan rumah yang diusahakan oleh saudara, hal ini tidak menjadi apa-apa halangan dalam Islam asalkan zakat itu tetap dirasai dan dinikmati oleh penerima zakat tersebut.

WA

Panel Fiqh Bersekutu (Associate Fiqh Panel to AAN)
Ust al-Jawhar alYamani