SJ-11-0186 : berkurangnya hutang apabila dijelaskan awal

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0186 : berkurangnya hutang apabila dijelaskan awal

Assalamu'alaikum wrt,

Yang mulia ahli panel, soalan saya:

1. Seseorang telah membeli rumah menggunakan perjanjian BBA (Bai Bithaman Ajil), untuk tempoh bayaran selama sepuluh tahun, dengan harga beli dari bank adh RM205,000. Harga asal rumah tersebut adalah RM150,000.

2. Namun, selepas 5 tahun, pembeli tersebut ingin melangsaikan hutangnya dengan pihak bank.

3. Pihak bank bersetuju, dan telah membuat kiraan semula, dengan baki hutang dikurangkan sebanyak RM15,000. Ini bermakna harga beli telah berubah kepada RM190,000.

Adakah konsep sebegini dibenarkan dalam Islam.

Jazakallah & jutaan terima kasih.
Wassalam.

SJ-11-0186 : berkurangnya hutang apabila dijelaskan awal

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Jika termaktub dalam perjanjian, bahawa jika dijelaskan hutang dalam tempoh 10 tahun maka harga yang perlu dibayar ialah A, jika dijelaskan dalam tempoh 8 tahun maka harganya B, dan jika dijelaskan dalam tempoh 5 tahun maka harganya C, maka jelas ia adalah satu riba dan tidak menepati syariah. Kerana akad pembelian tersebut berlaku dengan lebih daripada satu harga.

Tetapi jika tidak ada perjanjian seperti itu, cuma pihak bank mahu memberi rebat sebanyak jumlah tertentu jika dilangsaikan lebih awal dan perkara ini menjadi hak bank 100%, maka ia dibenarkan. Kerana ia termasuk dalam bab Ibra'.

Jadi, perlu dirujuk perjanjian BBA tersebut. Kebiasaannya, bank memberi rebat kepada pelanggan yang melangsaikan hutang lebih awal, tetapi ia tertakluk kepada bank sepenuhnya.

Wallahu A'lam.