SJ-11-0206 : Faraidh: Berkenaan Penama di Tabung Haji

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0206 : Faraidh: Berkenaan Penama di Tabung Haji

:salam
Saya ada menyimpan di Tabung Haji dan telah menamakan anak sebagai pewaris pertama dan isteri sebgai pewaris kedua.

Soalannya, selepas kematian, wang tabung haji adakah perlu difaraidkan walaupun ada penama?

Sekian. Terimakasih.

SJ-11-0206 : Faraidh: Berkenaan Penama di Tabung Haji

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- "Borang Pemegang Amanah" yang diisikan padanya dua nama pewaris BUKAN sebuah wasiat. Oleh itu pewaris yang diletakkan sebagai penama dalam "Borang Pemegang Amanah" Tabung Haji, BUKAN penerima wasiat. Penama hanyalah 'pemegang amanah'.

- Maka, Penama tidak mempunyai hak mutlak ke atas wang yang diterimanya. Ia mesti dibahagikan menurut hukum faraidh.

- Tujuan borang tersebut ialah bagi membolehkan Tabung Haji mengeluarkan wang pendeposit yang meninggal dunia kepada pemegang amanah yang dinamakan dengan cepat untuk dibahagikan kepada waris-waris yang berhak.

Sila rujuk: http://www.tabunghaji.gov.my/th/TH/THajiSoalJawabTabunganS14.html

Wallahu A'lam.