SJ-11-0259 : URGENT: hukum derma utk menang

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0259 : URGENT: hukum derma utk menang

assalamu 'alaikum warahmatullah.

ahli panel yg dihormati,
satu pertandingan sukan diadakan oleh sebuah persatuan di mana bagi setiap acara, pemenang akan mengutip mata bagi rumahnya (kumpulannya). tetapi di sana ada satu sistem pembiyaan di mana mana2 ahli2 persatuan boleh menderma utk pembiyaan program sukan tersebut (bagi menambah dana persatuan utk program sukan itu), dan bagi jumlah dermaan tertentu, penderma akan menambah mata bagi rumahnya. maksudnya jumlah mata bagi setiap rumah bergantung pada jumlah pingat yg diperoleh dan jumlah derma dari ahli2 rumah tersebut. rumah yg mengutip mata terbanyak menang secara keseluruhan dan mendapat hadiah dan pemenang2 dari rumah lain juga mendapat hadiah individu.

duit kutipan dari sistem pembiayaan dan yuran pendaftaran bagi setiap acara tidak digunakan utk pembelian hadiah, sebaliknya digunakan utk makanan peserta, sewa kemudahan dan lain2 perkara yg terlibat dgn pengurusan program. hadiah dibiayaai sepenuhnya oleh pihak ketiga yg tidak terlibat dlm mana2 acara sukan.

a) adakah ini dibolehkan dlm islam?
b) jika tidak dibenarkan, apakah yg patut dilakukan dgn duit yg telah dikutip?
c) jika duit dari sistem pembiyaan itu juga digunakan utk membeli hadiah bagi pemenang, adakah hukumnya berubah?

zaadakumullahu 'ilma wa jazaakumullahu khairal jazaak.

albaruhiyy (not verified)
Re: URGENT: hukum derma utk menang

السلام عليكم ورحمة الله
بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول لله وبعد

Boleh saudara jelaskan lagi tak bentuk "derma untuk memang" yang dimaksudkan, mungkin kami kurang faham.
Cuma kaedah asal derma, derma bukan akad mu'awadah, ia adalah akad tabarru' sama ada sedekah, hibah atau seumpamanya. Bila disebut derma, maka tiada niat lain kecuali balasan dari Allah Taala.

Oleh itu, kami harap saudara dapat jelaskan prinsip derma yang dimaksudkan dengan lebih mudah difahami.

Harap maaf
wallahualam