SJ-12-0017 : ibunya anak luar nikah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0017 : ibunya anak luar nikah

:salam
saya telah byk membaca tentang anak luar nikah, tapi dalam
kes yang benar2 terjadi ni, tak tahu pula saya akan hukumnya.
Begini, selepas berkahwin, si suami dan keluarganya baru mendapat
tahu bahawa isterinya itu adalah anak luar nikah. Apa yang saya
tahu perkahwinan itu batal dan jika mereka mahu, mereka perlu
bernikah semula (betulkah hukum ni?). Tetapi pasangan ini (yg
mungkin tak tahu tentang hukum tsb) telah meneruskan perkahwinan
dan ditakdirkan berlaku penceraian selepas melahirkan anak yang
sulong(bukan atas sebab isteri anak luar nikah). Si anak(perempuan) tadi dibesarkan oleh si isteri. Persoalannya...
1. jika benar pernikahan mereka batal, apakah status anak tersebut?
adakah dikira anak luar nikah? kerana pasangan tersebut tidak
bernikah semula setelah hal ini diketahui.
bagaimana jika mereka tidak tahu menahu tentang hukum tersebut?
2. siapakah yang layak jadi wali anak tersebut?
3. jika si suami tadi telah menjadi wali dalam pernikahan anak tsb,
apakah hukumnya?
4. jika status anak tersebut diragui, bagaimana pula status pernikahan
anak tsb dengan suaminya?
Soalan tambahan...
Saya tahu bahawa anak yg lahir ketika usia pernikahan 6 bln ke atas
boleh di'bin'kan dengan nama suami ibu tersebut kerana ada bayi yang
lahir kurang dari 9 bln. Tetapi bagaimana jika telah nyata bahawa
ibu bayi tersebut telah mengandung sebelum bernikah(telah disahkan
mengandung), apakah boleh juga diletakkan nama suaminya itu (yang
sememangnya dari benihnya)? Jika anak itu dikira luar nikah tetapi
di'bin'kan juga dengan nama suaminya, apakah kewajipan orang2 yang
memngetahuinya terutama ketika anak itu hendak dinikahkan?
Saya amat berharap jasa baik dari pihak al-ahkam agar dapat memberi
penjelasan terhadap persoalan ini. Saya juga ingin minta maaf kerana
soalan banyak dalam 1. Ini kerana semuanya persoalan tentang anak
luar nikah. Syukran. Jazakallahu khairon kathiro.
:wassalam

SJ-12-0017 : ibunya anak luar nikah

Seseorang lelaki yang berkahwin dengan anak luar nikah samada diketahui sebelum atau selepas pernikahan tidak menjejaskan aqad nikah yang telah dibuat.Anak luar nikah seperti insan yang lain juga,suci dan tidak menanggung apa-apa dosa dari kesalahan orang lain.

Cuma isu yang timbul siapakah yang mewalikan pernikahan tersebut semasa aqad nikah dulu?

Anak luar nikah tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahiranya itu atau kepada bapa angkat yang memeliharanya sejak kecil,maka dia dikira sebagai perempuan yang tiada wali nasab.

Sabda Rasulullah s.a.w.

ÇáÓáØÇä æáí ãä áÇ æáí áå

Hadis Riwayat Ashab al-Sunan melainkan al-Nasaie.

Dalam kontek pentadbiran Undang-Undang Keluarga di Malaysia, pernikahana itu hendaklah dirujuk kepada Pendaftar,Nikah,Cerai dan rujuk atau Pen Pendaftar Nikah,Cerai dan Rujuk.

Prosedur yang mesti dilalui;

Permohonan hendaklah dibuat di Pejabat Agama Islam Daerah,setelah siasatan ringkas dibuat,Pejabat Agama Islam daerah akan merujuk perkara tersebut ke Hakim Syarie bagi mendapatkan kebenaran menikahkah wanita tersebut secara wali hakim.(lihat Seksyen 17 dan 18 UKIP)

Jika pernikahan lelaki dengan wanita tersebut dilaksanakan seperti langkah diatas(berwali hakim) pernikahan adalah sah.WA