SJ-12-0051: Sumpah Ibu Kandung

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0051: Sumpah Ibu Kandung

Harap para panel al-ahkam dpt membantu menyakinkan saya dalam persoalan di bawah:-

1. Wajar dan termakbulkah sumpah/doa kecelakaan oleh seorang ibu kandung terhadap anak perempuannya (janda), semata-mata kerana beliau tidak bersetuju dengan pernikahan anak perempuannya itu dengan suami orang.

2. Apakah langkah yang sesuai diambil oleh anak tadi setelah usaha untuk berbaik-baik dengan ibu kandungnya ditolak malah mendapat maklumbalas/tindak balas yang sangat negatif.

3. Pada situasi begini, dalam mempertimbangkan sesuatu hal, yang mana lebih utama sama ada untuk menjaga hati (taat) ibu kandung tadi atau hati suami.

Re: Sumpah Ibu Kandung

:salam

Quote:
Wajar dan termakbulkah sumpah/doa kecelakaan oleh seorang ibu kandung terhadap anak perempuannya (janda), semata-mata kerana beliau tidak bersetuju dengan pernikahan anak perempuannya itu dengan suami orang.

Jika ditanyakan wajar ataupun tidak, maka jwpnnya tidak wajar. Krn seseorang itu tidak patut membiarkan emosi menguasai dirinya sehinggakan mendoakan kecelakaan terhadap org lain terutamanya anaknya sendiri. Dan sekiranya doa itu dimakbulkan ataupun tidak, kita katakan Allahu Ta'ala 'alam. Hanya Allah yg Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa. Allah berhak memakbulkannya ataupun tidak.

Namun, ibu tidak ada hak ke atas anaknya dari segi hukum pernikahan itu sendiri krn ibu kandung bukan termasuk senarai wali. Apatah lagi ke atas anak yg janda. Berdasarkan hadis sahih yg diriwayatkan oleh Imam Malik yg bermaksud,

Rasulullah saw bersabda,"Seorang janda lebih berhak ke atas dirinya daripada walinya, sedangkan seorang dara dimintai kesediaannya utk dirinya dan izinnya adalah diam."

Quote:
Apakah langkah yang sesuai diambil oleh anak tadi setelah usaha untuk berbaik-baik dengan ibu kandungnya ditolak malah mendapat maklumbalas/tindak balas yang sangat negatif.

Kami menasihatkan agar sdr bersabar dan tidak putus asa utk berusaha. Kami tidak nafikan akan kepayahannya, tetapi pasti Allah akan membalas jasa org yg ingin menyambung kembali tali silaturrahim.

Quote:
Pada situasi begini, dalam mempertimbangkan sesuatu hal, yang mana lebih utama sama ada untuk menjaga hati (taat) ibu kandung tadi atau hati suami.

Dalam hal ini, saya mengatakan kedua2nya harus dijaga. Sdr perlu bijak mengendalikan masalah sdr. Allah menetapkan kepatuhan seseorang itu kpd org lain hanyalah selagi ia tidak bercanggah dgn syara'. Sekiranya suami menyuruh agar diabaikan si ibu, maka itu telah bercanggah dgn syara'. Tetapi sekiranya bertembung dua perkara yg mana keduanya tidak bercanggah dgn syara' dan keduanya sama penting, maka diutamakan suami.

Kami memohon maaf jika tidak dapat membantu sdr sptmana yg sdr harapkan. Kami berasa, sdr memerlukan sokongan dari semua pihak dalam hal utk berbaik semula dgn ibu, terutamanya suami. kami oendoakan agar sdr dapat mengharungi masalah sdr dgn tabah dan sabar dan seterusnya berjaya menyelesaikannya dgn baik.

:wassalam

SJ-12-0051: Sumpah Ibu Kandung

*LULUS*