SJ-12-0174 : perkahwinan batal jika salah sorg masuk islam?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0174 : perkahwinan batal jika salah sorg masuk islam?

:salam

saya tak pasti soalan ni dah ditanya atau belum.

soalan:
sekiranya sebuah keluarga yg asalnya non-muslim, kemudian si suami memeluk islam,adakan ikatan perkahwinan masih sah atau mereka perlu berpisah. harap boleh berikan dalil yg berkaitan. sesetengah ustaz mengatakan sah, tetapi ada yg kata perkahwinan itu terbatal.

trimas::
wassalam

SJ-12-0174 : perkahwinan batal jika salah sorg masuk islam?

Seingat saya soalan ni dah ada ditanya dan telah dijawab,sila rujuk arkib.
------------------------
Tambahan thtl

Benar, dah jawab sbl ni, kalau tak ada dalam archive kita, ada dalam Fatawa Mu'asirat Jld 1 al-Qardhawi. Qardhawi beri 9 pendapat mengenai hal ini.

Oleh kerana kita cuba layan sebaik mungkin sebarang pertanyaan pelawat kita, maka ana ringkaskan hukumnya:

Pasangan non-muslim yang mana suami telah memeluk Islam, sedangkan isterinya belum.

Menurut madzhab Syafi'iy kita, talak jatuh secara otomatik kerana perkahwinan tidak lagi valid kerana berlainan agama, kecuali wanita itu beragama kitabiah (yahudi dan nasrani yang asal). Dalilnya:

" mereka tidak halal bagi orang2 kafir dan orang kafir itu tidak halal bg mereka." AQT 60:10

Dalam tempoh iddah, jika isterinya memeluk Islam, maka perkahwinan itu masih sah dan tidak perlu akad yg baru. [Majma' fiqh Islami, ms 43)

Di Malaysia, di bawah undang2 Keluarga Islam pun macam tulah mengikut ketetapan Syafi'iyah, bahawa pernikahan itu akan bubar serta merta dan status pembubaran secara resmi akan diputuskan oleh mahkamah syari'ah (seksen 46, akta keluarga Islam WP, 1984)

Manakala pendapat Imam-Imam yang lain tak perlu kita bahaskan kerana Malaysia menerimapakai pendapat syafi'iyah.