SJ-12-0182 : Permasalahan haid dan istihadhah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0182 : Permasalahan haid dan istihadhah

:salam ,

Minta panel dapat membantu dalam permasalahan ini.

Isteri saya kini menggunakan suntikan untuk perancangan keluarga,menjadi masalah apabila kitaran haidnya tidak teratur.

Ada kala dalam sebulan haidnya 5 hari,sesudah mandi wajib,selang 2 atau 3 hari keluar semula darahnya; adakah itu dikira istihadhah.

Yang terkini,sesudah haid 5 hari, selang 3 hari keluar lagi darah dan berhenti keluar darah 2 hari,selang lagi 5 hari keluar semula haid untuk tempoh 5 hari.

Menjadi harapn jika panel dapat terangkan dalam permasalahn ini soal ibadatnya jua.

Terima kasih. :wassalam

SJ-12-0182 : Permasalahan haid dan istihadhah

:wassalam

Apabila kecelaruan haidh itu berlaku selepas pengambilan suntikan perancangan kelahiran (Birth Control), itu menandakan side-effect pertama yang dialami oleh isteri anda gara-gara suntikan tsb. Ini kena diajukan kembali kepada doktor yang memberi suntikan tsb.

Mengenai kecelaruan haidh yang dialami oleh isteri anda sekarang, anda boleh mengikut Fiqh Syafi'iyah yang membataskan had maksima waktu haidh kepada 15 hari tanpa mengambil kira hari-hari yang mana tiada darah keluar. Hikmahnya supaya haidh itu kembali stabil seperti sedia kala. WA