SJ-12-0192 : kuku dan rambut org haid

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0192 : kuku dan rambut org haid

:salam

Ungkapan yg mengatakan kuku dan rambut yg dipotong semasa haid adalah dimakruhkan kerana anggota wuduk ini akan menuntut haknya di akhirat ::roll: kawan sy ckp ia adalah pendpt dr imam al - ghazali sendiri

syukran

SJ-12-0192 : kuku dan rambut org haid

Bismillah
Wassolatu wassalam a'la Rasulillah SAW,

Ulama menyatakan bahawa orang yang sedang haid atau berjunub dibenarkan memotong rambut atau kuku dan ia bukan perkara makruh.

Dalam Sahih Bukhari: 1/472

ÞóÇáó ÚóØóÇÁñ íóÍúÊóÌöãõ ÇáúÌõäõÈõ æóíõÞóáøöãõ ÃóÙúÝóÇÑóåõ æóíóÍúáöÞõ ÑóÃúÓóåõ æóÅöäú áóãú íóÊóæóÖøóÃú

"Atha' telah berkata : " Orang junub itu boleh berbekam, memotong kuku dan rambut walaupun tanpa wudhu'."

Imam Ibn Rajab berkata ketika menjelaskan pendapat Atha' ini:

Kami tidak mengetahui sebarang khilaf dalam perkara ini, kecuali apa yang disebut Abu al-Farj as-Syirazi bahawa: makruh bagi orang berjunub untuk memotong rambut dan kukunya. Ini berdasarkan sebuah hadis yang sangat lemah dan zahirnya ia adalah hadis palsu. Wallahu a'lam. (Fathul Bari oleh Ibn Rajab: 2/54)

Sila rujuk soal jawab terdahulu:
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=28185

Wallahu a3lam