SJ-12-0268 : bawah dagu aurat ke?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0268 : bawah dagu aurat ke?

assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakaatuh,
ahli panel yg dikasihi,
saya nak tny lg nih,
bahagian bawah dagu perempuan aurat ke? kalau tgh solat kena tutup ke bhg tu?

sekian, wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-12-0268 : bawah dagu aurat ke?

Salam....

Persoalan ini telah pun kami jawab.Berikut adalah jawapannya :

Quote:
ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÈÚÏ

Persoalan adakah dagu aurat, adalah furuk (pecahan) kepada persoalan adakah muka wanita itu aurat. Kerana syarak tidak menaskan secara terang hukum dagu, tetapi menaskan dalam dalam al-quran dan sunnah hukum berkaitan dengan muka.

Dan hukum dagu adalah hukum muka. Hujahnya:
i- Muka darisegi bahasa Arab ialah: daripada hujung dahi sehingga kepada dagu. ataupun dengan kata lain: yg dapat dilihat ketika berhadapan antara satu sama lain. maka tidak syak, dagu juga dilihat apabila kita berhadapan antara satu sama lain.

ii- Ibn Umar menyebut: "Bahagian atas daripada dagu, termasuk dalam anggota kepala". Muwatta' Malik 3/473 dan disahihkan athar ini oleh Nawawi dalam Majmuk 7/268.
mafhum daripada kalam ini: dagu itu sendiri adalah sebahagian daripada muka.

iii- Imam syafie yg terkenal dengan ilmu lughah menaskan dalam al-Umm 7/242: Bahawa dagu adalah sebahagian daripada muka.

iv-disebut dalam Musu'ah Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (Ensklopedia Feqah Islam): Sepakat para ulama mengatakan bahawa dagu adalah sebahagian daripada muka.

KESIMPULAN: HUKUM DAGU ADALAH HUKUM MUKA. (tetapi yg dimaksudkan ialah: bahagian dagu yg kelihatan ketika berhadapan antara satu sama lain. manakala bahagian bawah daripada tulang dagu, adalah aurat.)

Adakah Dagu Wanita Aurat?
persoalan ini kembali kepada persoalan: Adakah muka wanita aurat?
-Jika memilih pendapat muka bukan aurat, maka dagu pun bukan aurat. sebagaimana pendapat kebanyakan ulama. majmuk 3/168, al-Insaf 1/452.
-Jika memilih pendapat semua badan perempuan adalah aurat, maka dagu juga adalah aurat.

wallahu a'lam.

http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33313&highlight=dagu&sid=0676fb85b984f264ad803fced483ceeb

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com