SJ-12-0286 : Hubungan dihalang ibubapa

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0286 : Hubungan dihalang ibubapa

assalamualaikum...berkenaan dgn tajuk hubungan dihalang dlm posting ustaz zain,adakah kebahagiaan rumah tangga pasangan yg bernikah tanpa mendapat persetujuan/restu keluarga di pihak lelaki terjamin?sbb biasa saya terdengar cerita2 tentang perkahwinan yg tidak dapat restu keluarga di pihak lelaki terutama drpd ibu kandung sendiri menjadi tidak bahagia/porak peranda.....dan mereka cakap allah redha jika ibu redha...bagaimana nak dikaitkan dgn bab nikah nih kerana kita nikah kerana tak mau derhaka kepada allah?

SJ-12-0286 : Hubungan dihalang ibubapa

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Restu kedua ibu bapa di dalam memilih jodoh adalah satu perkara yang sangat penting. Kerana keredhaan kedua ibu bapa adalah antara punca keredhaan Allah. Sebaliknya kemarahan mereka adalah antara punca kemurkaan Allah.

Tercatat dalam satu hadis:
ÑÖì ÇáÑÈ Ýí ÑÖì ÇáæÇáÏ æÓÎØ ÇáÑÈ Ýí ÓÎØ ÇáæÇáÏ

Bermaksud: Keredhaan Tuhan terletak pada keredhaan bapa, dan kemurkaan Tuhan terletak pada kemurkaan bapa.
Direkod oleh Tirmizi (no: 1899). Dinilai sahih oleh Ibn Hibban dan al-Hakim.

Tuntutan mentaati ibu bapa dalam urusan memilih jodoh perlu diambil berat, samada sebelum mendirikan rumahtangga atau selepas mendirikan rumahtangga. Hatta, jika mereka memerintahkan supaya diceraikan isteri, maka hendaklah si anak patuh kepada mereka.

Di dalam satu hadis, kata Ibn Umar:
ßÇä ÊÍÊí ÇãÑÃÉ ÃÍÈåÇ æßÇä ÃÈí íßÑååÇ ÝÃãÑäí Ãä ÃØáÞåÇ ÝÃÈíÊ ÝÐßÑÊ Ðáß ááäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÝÞÇá íÇ ÚÈÏ Çááå Èä ÚãÑ ! ØáÞ ÇãÑÃÊß

Maksudnya: Aku mempunyai seorang isteri yang aku sayangi. Ayahku tidak menyukainya dan memerintahkanku agar menceraikannya. Lalu aku enggan mencerainya dan aku ceritakan kepada Nabi SAW. Baginda bersabda: "Wahai Abdullah bin Umar, Ceraikanlah isteri kamu!".
Direkod oleh Abu Daud (no: 5140), Tirmizi (no: 1189), dan Ibn Majah (no: 2088). Kata Tirmizi: hasan sahih.

Kata Imam Tahawiy: Di dalam hadis ini terdapat petunjuk bahawa antara hak seorang bapa terhadap anaknya ialah ketaatan anaknya kepadanya jika diminta melakukan yang demikian (menceraikan isteri). (Bayan Musykil Al-Athar 4/11).

Begitu juga jika si ibu yang menyuruh supaya diceraikan menantunya, maka kewajipan jugalah ke atas si anak mentaatinya. Kerana ketaatan kepada ibu lebih besar daripada ketaatan kepada ayah.

Tetapi perlu juga dilihat kepada sebab atau punca ibu bapa menyuruh menceraikan isteri. Jika suruhan mereka tidak berasas kepada sebab syar'ie, dan membawa kepada kemudaratan, maka bukanlah suatu yang baik menceraikan isteri ketika itu. Apatah lagi jika mereka sudah dikirniakan anak-pinak.

Wallahu A'lam.