SJ-13-0035: HUJAH talfiq

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0035: HUJAH talfiq

:salam

Ana ada sedikit kemusykilan...

ok, mengenai permasalahn TALFIQ dan TAQLID ni, mmg dah lama dibincangkan dalam Al-Ahkamn ni... Dan ana pun tak bercadang untuk mengemukakan soalan itu pada ustaz sekalian...

Soalan ana ialah... :

Terdapat segolongan org yg cukup BERTEGAS untuk mengatakan bahawa TALFIQ itu tidak boleh... Jadi, bagi golongan yg mengamalkan TALFIQ ini, APA HUJAH YG PERLU DIKEMUKAKAN KPD GOLONGAN ANTI-TALFIQ itu?

WA

SJ-13-0035: HUJAH talfiq

:salam

Alhamdulillah, inilah jawapannya:

Bagi orang awam:



ÃãÇ ÇáÚÇãí ÝãÐåÈå ãÐåÈ ãÝÊíå áÃäå áÇ íãáß ÂáÉ ÇáäÙÑ æÇáÇÓÊÏáÇá ßÇáÚÇáã


Maksudnya: Bagi orang awam yang tidak mempunyai kemampuan utk melakukan penelitian, mazhabnya adalah mazhab muftinya.
(Ruj Dr Mahmud Ukkam, http://islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=49659 )

Inilah juga yang dikatakan oleh bekas Syeikhul Azhar Syeikh Jadul Haq:
http://islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=60115

Manakala Syeikh Hasanain Makhluf, bekas Mufti Mesir berkata:



æÇä ÇáÊáÝíÞ ÈãÚäì ÇáÚãá ÈÞæá ãÌÊåÏ Ýí ãÓÃáÉ æÈÞæá ÂÎÑ Ýí ÃÎÑì áÖÑæÑÉ æáÛíÑåÇ Ýí ÇáÚÈÇÏÇÊ æÇáãÚÇãáÇÊ ÌÇÆÒ ÊÎÝíÝÇ æÑÍãÉ ÈÇáÃãÉ.

"Sesungguhnya talfiq, bermaksud mengamalkan sesuatu perbuatan berdasarkan pendapat satu mazhab, kemudian mengikuti pendapat mazhab lain dalam hal lain. Samada kerana darurat atau tanpa darurat, samada dalam urusan ibadah ataupun mu'amalah adalah dibenarkan. Kerana hal ini merupakan satu keringanan dan rahmat bagi ummat ini."

Sebenarnya, dalam hal boleh atau tidaknya talfiq, para ulama telah berselisih pendapat mengenainya. Ada tiga pendapat:

Pendapat 1: Mereka yang telah ada mazhab atau telah memilih satu2 mazhab, maka dia mestilah terus berada pada mazhab itu. Tidak boleh berpindah ke mazhab lain. Haram bertalfiq.

Pendapat 2: Mereka yang telah memilih satu mazhab dibenarkan berpindah ke mazhab lain. Walaupun alasannya untuk mencari keringanan. Aliran ini membolehkan talfiq. Namun, ada syaratnya. Iaitu tidak boleh berlaku talfiq yang mengakibatkan semua mazhab menganggap batal amalan berkenaan.

Pendapat 3: Boleh seseorang itu memilih mana2 pendapat mazhab yang disukai tanpa syarat. Sekalipun didorong untuk mencari keringanan.

Untuk lebih detail, sila buat rujukan pada kitab2 Usul feqh. Boleh dikatakan, kebanyak kitab2 Usul Feqh ada membahaskan permasalahan ini dgn panjang lebar.

------------------------------
Hujah:
1. Knpa boleh talfiq? Kerana ia sebagai satu keringanan (ÊÎÝíÝ) dan rahmat atas umat ini. Nash syarak secara jelas menyatakan bahawa agama itu mudah. Tetap pada satu mazhab itu menafikan prinsip mudah ini. Lagi pula, Rasulullah s.a.w. apabila diberi pilihan, beliau memilih yang paling mudah.

2. Pendapat yang mengatakan talfiq itu haram bukanlah ijmak. Tidak ada dalil secara pasti bahawa ia adalah haram. Yang pasti ialah, berpegang hanya satu mazhab sahaja adalah tidak wajib. Kerana tiada perkara wajib melainkan apa yg diwajibkan oleh Allah dan RasulNya. Dan Allah dan RasulNya tidak mewajibkan ke atas sesiapapun bermazhab dengan mazhab tertentu.

3. Dalam masalah orang awam, ada di antara mereka yang tidak tahu, apa itu sebenarnya mazhab syafi'i. Mereka cuma tahu mereka bermazhab syafi'i. Dasar2nya. Kaedah mazhabnya atau sebagainya mereka tidak tahu. Mereka hanya bertaqlid kepada guru2 agama yang mengajar mereka. Kalau guru agama mereka itu lari sedikit dari mazhab syafi'i merekapun tidak tahu.

Apakah tidak benar, kata2 "orang awam tidak bermazhab. mazhabnya adalah mazhab muftinya."

4. Dalam banyak hal, mereka yang mengatakan haram talfiq, tetapi mereka tetap mengamalkan kenduri tahlil dan yasinan malam jumaat. Padahal ia bukanlah pendapat mazhab Syafii. Bila sampai hariraya, mereka tetap membayar fitrah menggunakan nilai matawang. Tidak mengangkut beras kepada amil. Ketika bertawaf menunaikan Haji, mereka dengan selesa ada yg mengamalkan fatwa sentuh perempuan tidak batal wuduk.

5. Ada seorang teman saya yang bermati-matian ingin berpegang kepada mazhab Syafi'i 100%. Dulu, oleh kerana beliau adalah guru SAR, di mana gaji yg diperolehi sebahagian darinya adalah dari sumber zakat. Setiap bulan, wang berkenaan akan masuk ke akaun masing2 guru.

Saya pernah berkata: "Kalau anta ikut Syafi'i, teruk juga, kerana setiap bulan anta kena ke Majlis Agama dgn van atau lori utk angkut beras." "Kalau dengan nilai matawang, itu pendapat mazhab lain!"

Sebenarnya kata2 saya di atas bukanlah hakikat sebenarnya. Hanya kata2 sindiran sahaja. Kerana di sini, kutipan zakat bukanlah banyak dari hasil tanaman padi. Banyak dari sumber2 lain spt zakat perniagaan dll.

Sekian, semoga dapat membantu..

:wassalam