SJ-13-0042: definisi FITNAH ??

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0042: definisi FITNAH ??

assalamu'alay-kum...

ana ada sedikit kemusykilan...

dlm ISLAM... apa sbnrnya yg dimaksudkan dgn FITNAH ?? adakah kategori² tertentu dlm pembhgn jenis nya??

cth kita slaloo dengar,

"HUKUMNYA HARAM KERANA BOLEH MENIMBULKAN FITNAH" ..

adakah FITNAH yg dimaksudkan dlm method penetapan HUKUM FIQH spt di atas itu, sama shj dgn FITNAH yg sebagaimana kita semua faham maksudnya ..??

sbb... kita semua faham.. FITNAH itu kira mcm lebih kurang mereka² cerita yg x benar... so... FITNAH yg dimaksudkan oleh FIQH ISLAM itu apa?

mohon penjelasan ....

WA

SJ-13-0042: definisi FITNAH ??

:salam

Fitnah mempunyai 2 makna:

1. Berita atau khabar angin yg tiada asasnya. Atau lebih dikenali sbg Al-Ifk atau al-fitan.

Åöäøó ÇáøóÐöíäó ÌóÂÁõæÇ ÈöÇáÅöÝúßö ÚõÕúÈóÉñ ãøöäúßõãú

“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta (Al-Ifk) itu ialah segolongan dari kalangan kamu…” (Surah An-Nuur: ayat 11)

æóÞóÜÊöáõæåõãú ÍóÊøóì áÇó Êóßõæäó ÝöÊúäóÉñ

“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah..” (Surah al-baqarah: ayat 193)

ÝóÞóÇáó : ÞóÇÊóáúäóÇ ÍóÊøóì áóãú Êóßõäú ÝöÊúäóÉ æóßóÇäó ÇáÏøöíä áöáøóåö æóÃóäúÊõãú ÊõÑöíÏõæäó Ãóäú ÊõÞóÇÊöáõæÇ ÍóÊøóì Êóßõæä ÝöÊúäóÉ æóÍóÊøóì íóßõæä ÇáÏøöíä áöÛóíúÑö Çááøóå

Kata Ibn Umar dlm satu riwayat bukhari mengenai ayat 193 (al-baqarah) ketika perang saudara melanda dgn Ibn Az-Zubair: “Kami telah berperang sehingga tiada lagi fitnah dan agama Allah menjadi satu. Kamu mahu berperang sehingga adanya fitnah hatta agama ini ada selain dari Allah.” Maksudnya, agama lain tidak benar dan tertegak agama yg haq.

Jadi boleh disimpulkan, fitnah membawa maksud: perkara yg tiada asas, perkara yg tidak benar

ÞÇá ÚãÑ ÑÖí Çááå Úäå : ( ÅíÇßã æÇáÝÊä ÝÅä æÞÚ ÇááÓÇä ÝíåÇ ãËá æÞÚ ÇáÓíÝ ).

Berkata Umar Al-Khattab R.A: “Berhati2lah kamu terhadap fitnah. Satu perkataan ketika fitnah adalah seumpama pedang yg tajam.”

2. Ujian, pancaroba dan yg semakna dgnnya:

ÅöäøóãóÇ ÃóãúæóÇáõßõãú æóÃóæúáóÇÏõßõãú ÝöÊúäóÉñ

"Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah fitnah…" (Surah At-taghaabun: ayat 15)

æóÇÚúáóãõæÇ ÃóäøóãóÇ ÃóãúæóÇáõßõãú æóÃóæúáóÇÏõßõãú ÝöÊúäóÉñ

"Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian." (surah al-anfal: ayat 28)

Berhubung dgn HARAM hukumnya menimbulkan fitnah, ia merujuk kpd menyebarkan berita2 yg tidak ada asal usulnya.

SJ-13-0042: definisi FITNAH ??

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. JKK Ustaz Ziy@d. Sedikit tambahan mengenai definasi fitnah dari segi lughah/bahasa. Ibn Faaris (Maqaayiis al-Lughah, 4/472) berkata : "Fa-ta-na (ÝóÊóäó )merupakan perkataan asal bagi perkataan ujian atau percubaan". Dari aspek kata-kerja (fa'il), Fa-ta-na boleh bereti Agh-Ra (ÃóÛúÑóì) iaitu GODA atau menawan, cubaan, persona, glamour, memukau, keinginan. Ia juga boleh membawah erti Sa-ha-ra (ÓóÍóÑó ) atau sihir.

Maka Fit-Nah (ÝöÊúäóÉ ) boleh bererti - godaan, tarikan, terpedaya, yang masdarnya ÅöÛúÑÇÁ . Ia juga boleh membawa erti Mih-Nah (ãöÍúäóÉ) iaitu bala, bencana, cubaan, tribulasi dsb.

Didalam Lisaan al-'Arab, Ibn Mansur telah memetik kata-kata Ibn al-'Arabi mengenai fitnah. Fitnah ialah :-

a. Fitnah bermaksud ujian - (ÇáÝÊäÉ ÇáÇÎÊÈÇÑ)
b. Fitnah bermaksud cubaan - (ÇáÝÊäÉ : ÇáãÍäÉ )
c. Fitnah bermaksud harta kekayaan - (ÇáÝÊäÉ : ÇáãÇá )
d. Finah bermaksud anak-anak - (ÇáÝÊäÉ : ÇáÃæáÇÏ)
d. Fitnah bermaksud kufur - (ÇáÝÊäÉ ÇáßÝÑ )
e. Fitnah bermaksud perbezaan pandangan antara manusia - (ÇáÝÊäÉ ÇÎÊáÇÝ ÇáäÇÓ ÈÇáÂÑÇÁ)
f. Fitnah bermaksud membakar dengan api - (ÇáÝÊäÉ ÇáÅÍÑÇÞ ÈÇáäÇÑ)

WA.wassalam

خيرالأمين