SJ-13-0096 : Qadha' solat ...????

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0096 : Qadha' solat ...????

Assalamualaikum...
Maaf mengganggu kepada sekalian semua...begini sebenarnya...

Baru-baru ni saya ada mengikuti sahabat saya ke laut ( first time ) untuk mencandat sotong...

untuk itu kami perlu bermalam di laut selama semalam..ape yang berlaku sebenarnya ialah apabila kami sampai di tempat di mana kami akan bersauh....ombak begitu kuat... lalu menyebabkan saya mabuk laut ( nak muntah )...

dalam keadaan tidak mampu berfikir dengan baik ..saya pun berbaringlah untuk mengurangkan rasa mabuk tuh..( fuyoo rase nak terkeluar semua isi perut )..akhirnya terlelap dalam kedaan mabuk tersebut..

saya terjaga beberapa kali...namun ..saya rasa tak mampu untuk bangun ( nak muntah jer bila bukak mata )... dalam keadaan menahan perasaan mabuk tersebut...sedar-tak sedar saya dah ketinggalan solat maghrib dan isyak saya ( alahai ::( )...

saat tersebut saya bertekad utnuk bersolat jugak walau apa nak jadi pun...saya pun buat keputusan utk bertayamum...saya tepuk tikar di kaki saya ( duduk pun rasa nak terbarai muntah ...lemah sungguh rasae diri ku ini )untuk mengumpul debu dan bertayamum...lalu saya pun terus bersolat Subuh dalam keadaan baring ( nyaris temuntah waktu tuh..tahan jer lah )walaupun saya tak pasti arah qiblat dengan bertawakal sahaja..

akhir pada keesokan harinya kami pun pulang...dan sampai di rumah , saya terus qadha' balik solat maghrib dan isyak..

so ade beberapa isu di sini..iaitu.

1. solat maghrib dab isyak ( qadha terus ..boleh ker dalam keadaan mabuk teruk tadi )

2. solat subuh ( sah ker tayamum dalam keadaan air laut berlambak..tapi mabuk teruk waktu tu )..

p.s: segala kerjasama saya dahulukan jutaan terima kasih

Re: Qadha' solat ...????

:wassalam

Kami begitu simpati dgn pengalaman pahit anda ketika pertama kali bercandat sotong. Sepatutnya orang yg membawa anda itu hendaklah memberi anda amaran tentang kemungkinan mabuk laut yg agak common kepada first timers turun kelaut. Ini boleh dielakkan dengan mengambil ubat di farmasi dan elakkan memakan makanan berminyak sebelum keluar ke laut. Sepatutnya ekspedisi candat itu dihentikan dan pulang sahaja memandangkan keadaan yg menimpa diri anda. Anda mabuk dari Maghrib sampai subuh keesokan harinya...satu pertanyaan, apa yg rakan2 anda lakukan? apakah mereka ketawakan anda dan mereka sibuk dgn candat?? {selalunya di kalangan nelayan pro, orang mabuk laut ni diketawakan aje}

Mengenai apa yang berlaku, ianya tetap berlaku dan solat qadha' anda itu sah di sisi jumhurul fuqaha' dan disertai dengan taubat.

1. Hukum tayammum

Saya tidak nampak kenapa anda perlu tayammum kerana tayammum ialah utk orang yg tiada air atau bila ada air, air itu memudharatkan dirinya. Dalam hal ini, orang lain boleh membantu anda berwudhu'.

Oleh itu hukum tayammum anda itu tidak diterima.

2. Hukum2 fiqh yg saya boleh simpulkan: utk kegunaan masa depan

a. Boleh solat jama' kerana dharurat

b. tidak boleh tayammum jika dikelilingi air atau tidak mengalami uzur yg membahayakan jika terkena air

c. hukum qadha' solat sebenarnya tidak ujud bagi mabuk laut.

:aklam