SJ-13-0120 : Beza Masjid dan SURAU ?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0120 : Beza Masjid dan SURAU ?

assalamu'alay-kum

apakah dlm syariat mmg terdapat beza antara masjid dgn musalla/ surau/ madrasah dsb? bgmana membezakan antara keduanya?

apakah yg membezakannya?

WA

SJ-13-0120 : Beza Masjid dan SURAU ?

wa'alaikumussalam

Berikut adalah jawapan thtl :

Definasi mesjid ialah sebuah tempat yg dibangun sbg pusat ibadah umat Islam, ada Imam rawatib (Imam resmi/tetap), bilal dan siak, serta AJKnya. Dijadikan tempat solat berjama'ah, solat Juma'at dan solat Dua Hari Raya di dalam atau padangnya. Ia juga dinamakan Mesjid Jaami' atau mesjid induk atau mesjid pusat.

Surau, musolla, menaksyah, prayer room, ini sudah ada di zaman salaf lagi, Kaum Ansar pun ada surau2 mereka sendiri utk kegunaan orang2 tua dan perempuan. (Dr Qardhawi, Dhawabit asSyari'ah li Binaa`il Masaajid, Maktabah Wahbah, Cairo, 1999, ms 34)

Isu i'tikaf adalah isu khilafiah. Madzhab Syafi'iy membolehkan i'tikaf di semua tempat yg digunakan utk solat jama'ah, tapi yg lebih afdhal ialah di mesjid yg resmi (mesjid jaami'). Maka jika dalam universiti atau kolej, I'tikaf yg afdhal ialah di mesjid pusat universiti atau kolej itu.

Alasan madzhab Syafi'iy ialah jika si fulan i'tikaf di surau yg tidak dilakukan solat Juma'at, maka sudah tentu dia akan memutuskan i'tikafnya dan pergi ke mesjid Jaami'. Maka jika dia i'tikaf di mesjid jaami', maka i'tikafnya tidak terbatal kerana solat Juma'at ada di mesjid tsb [allamah Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, Cairo: Daarul Fath, 1/597]

sekian
th

خيرالأمين