SJ-13-0152 : nak tanya sikit: peranan terhadap watan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0152 : nak tanya sikit: peranan terhadap watan

Assalamualaikum,
saya ingin bertanya pendapat dan pandangan anda tentang isu peranan dan tanggungjawab muslim kepada tanah air.

tq

SJ-13-0152 : nak tanya sikit: peranan terhadap watan

:wassalam

Ustaz Hasan alBanna (w. 1949), mantan Mursyid al'Aam pergerakan alIkhwan (dianggap pergerakan Islam terbesar dan paling berpengaruh di dunia) banyak menulis risalah-risalah ringkas yang ditujukan kepada syabab (pemuda2 Islam) dan menggabungkan mereka dalam gerakan Islam utk membebaskan watan Islami dan tujuan akhirnya menegakkan kembali apa yg sudah hilang dari kita, bahawa Islam sepatutnya menjadi superpower. Ini berlaku seputar 1928.

Antara risalah terpenting al-Banna ialah Risalah Ta'alim. Dalam Risalah Ta'alim Ustaz Hasan menggariskan apa yg dinamakan rukun Faham yg terdiri dari 20 Usyul atau dasar. Usyul Pertama ialah mendefinasikan semula Islam. Salah satu definasi Islam ialah bahawa ia adalah tanahair atau watan.

Tanahair dalam kefahaman orang biasa atau masyarakat jahiliyah ialah suatu yg suci, bahkan tanahair hendaklah dianggap God atau Tuhan. alBanna mendefinasikan tanahair di sisi syara' ialah bumi yg didalamnya ada orang Islam yang menegakkan kerajaan Islam dan melaksanakan peraturan dan cara hidup Islam. Watan Islam meliputi seluruh pelusuk geografi yg asalnya dimiliki Islam atau Islam pernah menguasai bumi itu sebelum ia dikalahkan. Tanahair di sisi Islam menurut albanna ialah suatu kawasan yg dihubungkait dgn akidah dan sistem hidup bukan semata-mata tempat tumpah darah sahaja. Jika konsep ini betul, maka apa yg berlaku diPalestine, kita turut merasakan kesakitan yg dialami oleh penduduk di sana.

Jadi konsep pertama yg ingin dijelaskan oleh Ust Hasan kepada pemuda ialah maksud tanahair yg berbeda dari konsep tanahair menurut masyarakat jahiliyah yg mendewakan tanahair.

Apakah peranan anda?

Jawabnya: Lihatlah apa yg sedang terjadi kepada watan Islam yg terbentang dari Morocco hingga ke Mindanao dan dari Bosnia hingga ke Afrika Selatan.

Kata ust Hasan, jika watan kita masih dijajah, maka kita kena berusaha membebaskannya. Masih banyak watan Islam yg masih dijajah, terbaru ialah Iraq, palestine sudah dijajah sejak 1948, manakala watan Islam yang lain masih dijajah minda dan peraturan hidup, perundangan, ekonomi, sosialnya masih terjajah.

Bagaimana nak membebaskan watan Islam dari belenggu penjajahan ini? Maka sebab itu orang2 yg sedar ini berhimpun dalam pelbagai wadah, gerakan, dan badan utk mengembalikan Islam memerintah dan berkuasa di watan Islam.

Maka langkah pertama: kesedaran dan pertanyaan spt yg anda ajukan:
'apakah peranan yg boleh aku lakukan?" slogan orang putih kata:

" ask not what the nation can do for u, BUT ask what can u do to the nation'
maksudnya: "jangan bertanya apa yg negara boleh bagi kepada aku, tapi tanyalah, apa yg aku boleh beri kepada negara."

Jika kita terjemah dalam slogan yg betul:

"jangan bertanya apa yg (Watan) Islam boleh sumbangkan kepada anda, tapi tanyalah, apa yg anda boleh sumbangkan kepada Islam"

Jika anda buat masa ini, tidak ada ilmu2 Islam, maka langkah pertama ialah mencari ilmu. Bila anda ada ilmu dan kefahaman, anda perlukan pula bergabung dengan gerakan2 atau jama'ah yg memiliki kesedaran dan kefahaman spt yg anda miliki...

ayuh,

Inilah maksud:

"wahai orang yg berselimut, bangkit dan berilah peringatan" AQT:alMuddatsir: 1-2

langkah pertama, kita kena buang selimut. selimut itu maksudnya luas.

[Ruj: Syaikh alWasyli, anNahjul Mubin li Syarh alUsyuul al'Isyriin, Daar alMujtama', Cairo]

sekian