SJ-13-0227 : uban

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0227 : uban

adakah uban secara muktamadnya tidak boleh dicabut?jika dirujuk kepada fiqh sunnah sayyid sabiq dalam bab thaharah,dikatakan bahawa uban hendaklah dibiarkan dan tidak boleh dicabut;tidak kira sama ada di janggut mahupun di kepala.

akan tetapi,saya pernah terdengar bahawa uban di janggut sahaja yang 'restricted' daripada dicabut.

mohin pencerahan.

SJ-13-0227 : uban

alJawab:

Dalil hadith yg melarangnya ialah:

áÇ ÊäÊÝæÇ ÇáÔíÈ º ÝÅäå äæÑ íæã ÇáÞíÇãÉ

Terjemahnya: Dari Abi Hurayra ra, " [sabda saw] Janganlah kamu mencabut uban kerana ia adalah nur di hari Kiamat." Abu Daud dan Ahmad, Ibn Jarud alMuntaqaa, (1/81), disahihkan oleh al-Albani.

Kata Imam syarf anNawawi (alMajmuu' (1/291), uban itu umum tidak dikhususkan kepada janggut sahaja. Maka mana-mana orang yg kata uban janggut sahaja, maka dia hendaklah mengemukakan dalil yg mengkhususkannya.

Adapun hukum mencabut uban menurut madzhab Syafi'iy ialah makruh bukan haram (ibid), dipersetujui oleh al-Qardhawi (F_thaharah) WA