al-ahkam.net 1434 on Facebook

Custom Search

SJ-13-0228 : apakah sebenarnya tujuan hawa di jadikan?

1]kalau benar hanya cinta adam kpd allah sudah mencukupi mengapa allah menjadi kan hawa sbg isteri adam??

2]apa tujuan hawa dijadikan oleh allah?adakah hanya sbg penambah populasi penyembah allah yg berkualiti?

3]ape fungsi hawa kpd adam?

4]siapakah ainul mardhiah?bidadari atau perempuan syurga??

al-Jawab:

1) Cinta kepada Allah menurut fahaman salaf tidak bercanggah sama sekali dengan kedudukan Hawa sebagai pasangan Adam AS. Adapun cinta kepada Allah dan kemudian hidup sebagai rahib dan menjauhi perempuan atau lelaki (bagi wanita) bukanlah hakikat cinta kepada Allah. Ini adalah ajaran tasawwuf sesat yang menjadikan kisah kehidupan Rabiah alAdawiah (sufi Basrah) sebagai ikutannya.

Cinta kepada Allah sejati dalam ajaran Islam ialah dgn mengikuti syari'at Muhammad saw (AQ & as-sunnah)

" Jika benar kamu menyintai Allah. ikutilah daku (sunnahku) niscaya Allah pun menyintaimu dan mengampuni dosamu." AQT 3:31

Termasuk kesempurnaan cinta kepada Allah ialah bernikahkahwin sebagaimana yang dilakukan oleh Adam dan Nabi SAW. Perkahwinan yang mengikuti sunnah tidaklah merosakkan atau mengotori cinta kepada Allah, malah menguatkannya lagi.

2) Penciptaan Adam dan Hawa (Adam-Eve) adalah sunnatuLlah, maksudnya sudah diprogramkan kejadian makhluk di alam ini fitrahnya berpasangan. Dalilnya: "dan yang menciptakan semua yang berpasangan."AQT 43: 12
" dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasangan".."AQT 51:49
Tujuan penciptaan berpasangan ini salah satu fungsinya ialah pembiakan species tsb. dalilnya:
"dan dari pasangan itu Allah mengembang biakkan lelaki dan wanita yang banyak. " AQT 4:1

3) Fungsi Hawa kepada Adam ialah imbangan emosi dan biologi manusia.
Dalilnya: " dan diantara tanda2 kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri2 dari jenismu sendiri, supaya kamu CENDERUNG dan merasa TENTERAM dan menjadikan antara kamu kasih sayang.."AQT 30:21. Kata Sayyid Qutb, lelaki dan wanita asalnya adalah suatu kesatuan yang mana gabungan gender ini melahirkan kesejahteraan jasmani, emosi, sosial dan moral. (Fii dzilal 2/618-619)

4) siapakah ainul mardhiah? saya tidak tahu. Tapi kalau istilah bidadari ialah Hur 'Ain (surah al-Waqi'ah: 22) WA