SJ-13-0233 : Permasalahan Dosa

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0233 : Permasalahan Dosa

Akum,
saya ada seorang kawan yang melakukan maksiat bersama teman wanitanya. walaupun tidak sampai ke tahap zina, tetapi dosa itu amat besar bagi saya.
setiap kali melakukan maksiat, dia akan menyesal dan bertaubat. tetapi disebabkan nafsu, dia mengulagi perbuatan itu kembali dan kemudian bertaubat. saya tidak mampu memberi jawapan yang memuaskan kepadanya.
persoalan saya, apakah taubatnya diterima setelah berulang kali melakukan dosa yang sama?

SJ-13-0233 : Permasalahan Dosa

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan kayangan_84 dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Taubat yang dilakukan dengan menepati syarat-syaratnya, Insya-Allah akan diterima Allah swt. Demikianlah janji-janji Allah kepada mereka yang bertaubat. Firman Allah swt :-

Þõáú íóÇ ÚöÈóÇÏöíó ÇáøóÐöíäó ÃóÓúÑóÝõæÇ Úóáóì ÃóäúÝõÓöåöãú áóÇ ÊóÞúäóØõæÇ ãöäú ÑóÍúãóÉö Çááøóåö Åöäøó Çááøóåó íóÛúÝöÑõ ÇáÐøõäõæÈó ÌóãöíÚðÇ Åöäøóåõ åõæó ÇáúÛóÝõæÑõ ÇáÑøóÍöíãõ
dir="ltr">"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "

Di antara syarat-syarat Taubat adalah :-

a. Segera meinggalkan dosa tersebut

b. Menyesal dengan apa yang telah berlaku

c. Bertekad tidak akan kembali kepada perbuatan tersebut lagi.

Seseorang itu hendaklah meninggalkan dosa tersebut 'kerana Allah' dan bukan atas sebab-sebab yang lain.

Akan tetapi, manusia itu lemah. Walaupun dia sudah bertaubat berkali-kali dengan mematuhi syarat diatas, ia masih lagi melakukan dosa tersebut. Manusia itu dikelilingi oleh musuhnya, malah, dirinya sendiri cenderung kepada hasutan-hasutan syaitan. Syaitan itu mengalir didalam tubuh manusia seperti darah, dan manusia itu hidup didunia yang menambat hatinya. Hanya dengan rahmat Allah swt sahaja yang dapat membantunya melawan musuh-musuh ini.

Anda boleh menasihat sahabat anda dengan melakukan beberapa perkara dibawah ini sesudah ia bertaubat lagi sekali.

a. Perbanyakkan memohon do'a agar Allah swt memberi kekuatan kepadanya.

b. Bergaul dengan orang-orang Alim dan golongan agama. Sentiasa berdamping dengan mereka. Ingat, bahawa sahabat-sahabat yang baik akan mendorong kita melakukan kebaikkan, dan begitulah sebaliknya.

c. Berbanyakkan zikir kepada Allah swt.

d. Melibatkan diri dalam kerja-kerja menuntut ilmu agar dapat mengisi ruang fikiran yang sudah menjadi habit melaukan maksiat.

e. Lakukan banyak amalan-amalan sunat, seperti puasa, solat, sedekah dsb.

f. Cuba jangan biarkan diri berseorangan. Apabila kita berseorangan, Syaitan akan cuba menguasai kita kembali untuk melakukan maksiat.

g. Cuba sentiasa melakukan solat fardu di masjid.

h. Selalu mengingati diri akan takut kepada Allah, takut akan siksaannya, takut akan nerakanya.

i. Khusus bagi kesalahan diatas, cepatkan berkahwin. Jika tidak mampu, perbanyakkan berpuasa.

Pintu Taubat sentiasa di terbuka. Abu Hurairah ra. berkata :-

ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó : " ãóäú ÊóÇÈó ÞóÈúáó Ãóäú ÊóØúáõÚó ÇáÔøóãúÓõ ãöäú ãóÛúÑöÈöåóÇ ÊóÇÈó Çááøóåõ Úóáóíúåö
dir="ltr">"Rasulullah :saw bersabda : Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit disebelah barat, Allah akan menerima taubatnya" [Riwayat Muslim, #2703].

Nabi bersabda dalam hadith yang lain :

Åä Çááå ÚÒ æÌá íÞÈá ÊæÈÉ ÇáÚÈÏ ãÇ áã íÛÑÛÑ
dir="ltr">"Allah akan menerima taubat seseorang hamba selama-mana nyawa belum sampai ke lehernya"

Ingatlah, bahawa berfikir bahawa Allah swt tidak akan mengampunkan dosa-dosa seseorang itu adalah seperkara yang salah. Allah swt sentiasa akan menerima taubat hambanya. Malahan didalam sebuah hadith yang panjang didalam Kitab Riyadhussolihin juga menceritakan bahawa seorang yang telah membunuh 100 orang juga diterima taubatnya oleh Allah swt.

Syaitan akan berusaha mengasut manusia melakukan dosa, dan bagi mereka yang sudah terlanjur, Syaitan akan berkata : Allah swt tidak akan mengampunkan dosa engkau lagi!!

Usahlah seseorang itu berputus-asa dengan pengampunan Allah swt. Hendaklah sentiasa manusia itu memohon ampun kepada Allah swt dan bertaubat kepadanya. WA.

Sekian, wassalam.

خيرالأمين