SJ-13-0294 : Terapi Minda..

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0294 : Terapi Minda..

:salam

Semalam ana ada menonton Buletin TV3, iaitu berita bekenaan kes Nurin yg belum ditemui sehingga kini, pihak polis bahagian Forensik kini menggunakan kaedah terapi Minda utk mengesan Nurin. soalan: Apa itu terapi Minda? apakah ia mirip kepada pembomohan. Bagaimana mana pulak is disisi syarak, apakah ia dibolehkan. Mohon penjelasan..ana yg naif :wassalam

SJ-13-0294 : Terapi Minda..

:wassalam

al-Jawab:

Terapi Minda diasaskan oleh Dr Sazali Ahmad. Tidak banyak yang kami ketahui mengenai terapi beliau kerana ia masih misteri. Beliau mengambil ilmu ini dari Canada. Asas perbomohan canggih beliau ialah hypnotherapi yang menggunakan teknik hipnotis (pukau). Selagi beliau tidak mendedahkan kepada awam bagaimana teknik terapi Minda ini berfungsi dalam mengesan orang yang hilang, maka kita terpaksa menangguh hukumnya hingga kami mendapat maklumat lanjut. Hukum paling adil ialah teknik ini adalah syadz (diragui). sekian