SJ-13-0335 : Haid melebih 15 hari. Sah kah Solat Saya?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0335 : Haid melebih 15 hari. Sah kah Solat Saya?

salam
kepada yang pakar saya ingin menanyakan soalan dan harap dapat membantu
saya telah mengalami haid lebih dr 15 hari.......
masuk hari ke 16 saya mandi wajib dan menunaikan solat dgn keadaan yang masih ada darah...........
soalanyya bagaimana saya hendak pastikan bahawa darah yang mengalir itu boleh dibawa solat?
dan ketika menunaikan solat saya terganggu kerana memikirkan sama ada solat saya sah atau pun batal
terima kasih

SJ-13-0335 : Haid melebih 15 hari. Sah kah Solat Saya?

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Persoalan haid dan istihadah seperti ini agak rumit, kerana ia adalah perkara cabangan yang bersangkutan dengan beberapa perkara asas yang diperselisihkan. Terdapat beberapa perkara asas yang seorang wanita perlu menguasai dan memahami, seperti:
- Tempoh haid paling minima
- Tempoh haid paling maksima
- Tempoh suci antara dua haid paling minima

Jika saudari berpegang kepada mazhab Syafie di dalam asas-asas di atas, maka jika sekiranya haid saudari melebihi 15 hari, hendaklah:
- Saudari hendaklah membezakan antara darah yang kuat dan darah yang lemah. Perbezaan kuat dan lemah ini boleh dipastikan melalui warna atau bau. Contohnya, warna yang merah, coklat adalah kuat. Warna yang kuning, keruh adalah lemah. Tempoh yang kuat adalah dikira tempoh haidh manakala tempoh warna lemah adalah istihadah. Tetapi dengan syarat:
i) tempoh kuat mesti melebihi sehari semalam
ii) tempoh kuat tidak melebihi 15 hari 15 malam

- Jika tidak dapat dibezakan antara kuat dan lemah, hendaklah dirujuk kepada kebiasaan haid saudari sebelum berlaku masalah ini. Contohnya, jika sebelum ini haid ialah 10 hari, maka jika berlaku haid melebihi 15 hari, maka 10 hari pertama ialah haid, dan yang selepasnya ialah istihadah.

Demikian menurut feqah mazhab Syafie.

- Manakala mazhab yang mengatakan tidak ada tempoh maksima bagi haid, jika haid melebih 15 hari, maka sepanjang ada darah, ia dikira haidh dan apabila darah berhenti ia dikira suci. Ini berdasarkan kepada asas bahawa tidak ada dalil menghadkan tempoh 15 hari sebagai maksima haid.

- Boleh dirujuki: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=34262

Wallahu A'lam