SJ-13-0550 : fatihah kepada simati?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0550 : fatihah kepada simati?

apakah hukum bacaan fatihah kepada simati? adakah dikira sebagai bidaah?
jika terdapat dalam hadith boleh kemukakan hadith tersebut?
terimakasih..

albaruhiyy (not verified)
SJ-13-0550 : fatihah kepada simati?

JAWAPAN
ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã
ÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æ Úáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå :
ÃãÇ ÈÚÏ
Masalah baca fatihah kepada simati termasuk dalam masalah adakah boleh menghadiahkan pahala kepada simati .

Para ulama berselisih pendapat dalam masalah adakah pahala amalan soleh sampai kepada mayat ataupun tidak? Ada dua pendapat

Pertama : Setiap amalan soleh boleh dihadiahkan kepada simati dan ia akan sampai kepadanya. Termasuklah bacaan al-Qur’an, puasa dan solat serta lain-lain ibadat.

Kedua : Pahala sebarang amalan soleh tersebut tidak akan sampai kepada simati melainkan apa yang telah nyata dalil-dalilnya bahawa ia sampai.
InsyaAllah ini ialah pendapat yang rajih berdalilkan kepada berikut :
1) Firman Allah Taala [al-Najm : 39]
39. Dan Bahawa Sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa Yang diusahakannya;
2) Sabda nabi saw :
“Apabila seseorang anak Adam mati maka terputuslah amalannya melainkan dari tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkannya atau anak soleh yang mendoakannya” [Muslim no. 1631]
3) Tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w baginda melakukan sedemikian (sedekahkan pahala al-Qur’an kepada orang mati). Ramai kalangan sahabat yang meninggal sebelum Nabi saw termasuk Khadijah isteri baginda, Hamzah dan tiga orang anak baginda s.a.w.

Sila Rujuk : http://islamqa.com/ar/ref/46698