SJ-13-0554 : Hukum Mencerca Isteri

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0554 : Hukum Mencerca Isteri

:salam

Apa hukumnya mencerca isteri (mengomel di belakangnya atau mengatakan di hadapannya) dengan perkataan seperti "sial" , "celaka" ... kerana marah perbuatan isteri - katalah merajuk tanpa sebab hingga suami terguris hati, mengabaikan panggilan suami/tidak menyahut etc.

Tetapi tiada niat untuk cerai.

Adakah ada kesan apa-apa kepada tali perkahwinan?

:wassalam

albaruhiyy (not verified)
SJ-13-0554 : Hukum Mencerca Isteri

ÈÓã Çááå ÇáÑÍã ÇáÑÍíã
ÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå : ÃãÇ ÈÚÏ

1. Perbuatan mencerca atau menyebut perkataan-perkataan buruk seperti sial, celaka atau sbgnya sama ada di depan seseorang atau di belakangnya adalah dilarang dalam Islam. Islam menganjurkan seseorang Muslim wajib menjaga tutur katanya daripada mengeluarkan perkataan buruk dan keji. Nabi mengajar kita berakhlak mulia dengan isteri, ahli keluarga dan semua manusia. Jika berlaku apa-apa masalah, cuba selesaikannya dengan penuh berhikmah dan baik.

Berakhlaklah dengan akhlak Nabi s.a.w.Baginda paling baik dengan isterinya. Daripada Amru bin al-As katanya : “Rasulullah s.a.w. tidak pernah bercakap mengeji dan mencerca dengan melampaui batas, baginda bersabda :
Åöäøó ãöäú ÎöíóÇÑößã : ÃóÍúÓóäõßõãú ÃóÎúáÇÞÇ
“Sesungguhnya sebaik-baik kami ialah yang paling baik akhlaknya”. [Muttafaq alayhi].

2. Tiada apa-apa kesan kepada tali perkahwinan (Masih lagi suami isteri).

WALLAHUALAM