SJ-13-0562 : Rampai soalan

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0562 : Rampai soalan

Salam,

Bacaan pada tahiyyat akhir ... wabaarik ala muhammad wa-ala ali muhammad & wabaarik ala ibrahim wa ala ibrahim.

Bagaimana sebaik2 bacaan?

Adakah

wabaarik ala muhammad wa-ala ali muhammad. wabaarik ala ibrahim wa ala ibrahim.

atau

wabaarik ala muhammad (berenti) wa-ala ali muhammad (berenti) wabaarik ala ibrahim (berenti) wa ala ibrahim.

ada konsep waqaf ke atau tak jadi masalah kalo sambung saja.

2- kalau kucing masuk tandas yang basah dan kemudian pijak lantai rumah najis ke tak? problemnya umum kucing akan jilat dubur, kaki dengan lidah dia.. pastu masalah kalau kucing selalu kuar masuk rumah ni. kalo kering tadak hal...

3- ubat-ubatan import ... kalau pergi oversea, macam mana nak tau ubat2 tu halal ke tak.. even ubat2 yang masuk m'sia endorsed by KKM pun. kot la terkena pakaian solat ke.

4- adakah sekiranya makanan tu halal dimakan, maka ia dikira suci? contohnya kalau ikut pendapat yg kata sembelihan ahlul kitab/kosche tu halal, maka adakah ia tidak dikira bangkai(tidak najis). sebab dalam kes darurat(tpaksa makan babi), tidaklah hilang kenajisan babi itu kan?

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Rampai soalan

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1. Boleh dibaca di situ dengan sambung terus, atau dengan waqaf. Kerana kedua-dua cara ini tidak mengubah makna bacaan tersebut.

2. Kucing sudah menjadi haiwan yang berkeliaran di kalangan manusia. Syarak telah memberi keringanan dengan sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, "Sesungguhnya ia (kucing) tidak najis. Ia hanyalah antara haiwan yang berkeliaran di sekeliling kamu".
Direkod oleh Abu Daud (no: 75), Tirmizi (no: 92), Nasai (no: 68), Ibn Majah (no: 367)

Kecuali jika kita sendiri secara jelas melihat ada najis di badannya, maka perlulah berjaga-jaga. Kata Imam Malik, "Tidak mengapa dengannya (ari dari bekas yg diminum kucing) kecuali jika kelihatan najis di mulutnya". (Muwatta' 2/31).

3. Untuk mengetahui status halal haram satu-satu ubatan, ialah dengan melihat kandungannya. Jika terdapat kandungan haram, contohnya gelatin yang dihasilkan dari haiwan yang tidak disembelih makaa perlu dirujuk kepada persoalan Istihalah.

Nadwah Feqah Perubatan ke-8 yang diadakan di Kuwait pada tahun 1995 memutuskan bahawa gelatin yang terhasil melalui proses istihalah daripada kulit, tulang dan bahagian2 haiwan yang najis, dihukum sebagai suci dan halal dimakan.

4. Haiwan yang disembelih secara syar'ie, halal dimakan dan tidak dinamakan najis. Samada yang menyembelihnya muslim atau ahli kitab.
Dalam kes darurat untuk makan babi, ia tidak mengubah haiwan itu dari najis kepada suci, tetapi diberi keringanan untuk dimakannya disebabkan darurat.

Wallahu A'lam.