SJ-15-0011 : Akidah Imam Asha'arie (Pengasas Mazhab ASWJ)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-15-0011 : Akidah Imam Asha'arie (Pengasas Mazhab ASWJ)

:salam

Apakah pegangan Imam Asha'arie rhm sebenarnya tentang zat dan berarahnya Allah swt ? Saya keliru berikutan ada yang mengatakan Imam Asha'arie rhm berpegang kepada bahawa Allah swt itu berada di mana-mana (tiada bertempat) dan ada yang mengatakan bahawa al-Imam sebenarnya berpegang kepada bahawa Allah itu bersemayam di Arasy (bertempat) ?

Mohon penerangan. Wallahualam.

Jazakallah

SJ-15-0011 : Akidah Imam Asha'arie (Pengasas Mazhab ASWJ)

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Untuk mengetahui pegangan Imam Abu Hassan al-Ash'ari, kita perlu mengetahui tahap2 yang beliau lalui. Syiekh Ibn Taimiyah rh ( Majmu' al-Fataawa, 4/72) telah mebahagikan 3 tahap aliran Imam al-Ash'ari :-

1. Mu'tazili (Muktazilah) - murid al-Jubba'i (sehingga beliau berumur 40 tahun)
2. Mengikut Ibn Kullaab - fahaman ini yang dikenali sebagai Ashaerah.
3. Mengikut aliran salaf - Imam Ahmad ibn Hanbal.

Fahaman Ashaerah itu merupakan pegangan beliau pada tahap ke 2. Dengan berlatar belakangkan falsafah yang kuat pada masa itu, maka lahirlah istilah ilmu kalam, atau yang dikenali sekaramg sebagai Sifat 20.

Tahap yang ke 3, dapat dilihat dari buku beliau : Risaalah ila Ahl al-Thaghr, Maqaalaat al-Islaamiyyeen, dan al-Ibaanah. Disini beliau mengkritik golongan-golongan yang mentakwilkan sifat-sifat Allah. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين