SJ-15-0030 : Hukum Bermazhab dan Ikut Selain Mazhab Empat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-15-0030 : Hukum Bermazhab dan Ikut Selain Mazhab Empat

:salam

1. Benarkah dakwaan bahawa Sheikh albani juga terlibat di dalam pernyataannya menyokong sheikh khajandi mengatakan hukum bermazhab adalah haram (bertentangan dengan ijmak ulamak dan umat Islam)?
Benarkah pernyataannya yang menyamakan kristian dan mazhab hanafi? Khabarnya ini semua telah didedahkan oleh Dr Said Ramadhan al Buthi?

2. Benarkah pendapat bahawa tak sah bertaqlid selain dari imam mazhab yang empat?

Mohon penjelasan, jazakallah...

SJ-15-0030 : Hukum Bermazhab dan Ikut Selain Mazhab Empat

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1. Bermazhab dengan maksud memperlajari ilmu feqah mengikut tertib satu-satu mazhab, atau bertaqlid kepada imam mazhab bagi orang awam dan mereka yang tidak mencapai taraf mujtahid tidak salah.

Hatta Syeikh Al-Albani sendiri tidak pernah mengatakan haram bertaqlid. Kata Syeikh Albani, "Aku tidak mengetahui dalil tentang haram bertaqlid. Malahan, bertaqlid adalah satu yang tak dapat lari daripadanya, bagi sesiapa yang tidak berilmu". (Fatawa Al-Madinah)

Yang tidak dibenarkan oleh Syeikh Albani ialah menjadikan satu-satu mazhab sebagai agamanya, dengan cara mengikuti segala yang di dalam mazhab tertentu, tanpa menoleh langsung kepada mazhab lain atau pendapat lain, apatah lagi kepada dalil-dalil Quran dan Sunnah. Inilah yang tidak dibenarkan oleh Syeikh Al-Albani. Dengan kata lain, bermazhab dengan cara taqlid buta dan taksub tanpa mengira bertepatan atau bersalahan dengan dalil.

2. Jawapannya tidak benar. Ibn Taimiyyah berkata:

"Tidak ada seorang pun dalam kalangan Ahli Sunnah mengatakan bahawa ijmak keempat-empat mazhab adalah hujah yang maksum. Dan tidak ada seorang pun mengatakan kebenaran terletak dalam lingkungan empat mazhab dan yang keluar dari empat mazhab adalah batil. Bahkan, jika ada ulama yang bukan pengikut empat mazhab seperti Sufyan Al-Tsauri, Al-Auzai, Al-Laits bin Saad, dan mujtahid sebelum mereka mengeluarkan pendapat yang bersalahan pendapat empat imam mazhab, hendaklah dikembalikan perselisihan mereka kepada Allah (Quran) dan rasulNya (Sunnah). Dan pendapat yang rajih ialah yang disokong oleh dalil". (Minhaj al-Sunnah 3/412)

Wallahu A'lam