SJ-16-0006 : last questions (nazar)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-16-0006 : last questions (nazar)

terima kasih kerana bagi jawapan yg tadi...

sy nak tanyer:

1. jika bayar kafarah untuk nazar kat pejabat islam adakah dibolehkan?

2. jika seseorang langgar nazar dan tidak bayar kafarah adakah berdosa besar?

3. jika sy bayar dgn jpa biasiswa tapi menyebabkan tak boleh bayar hutang adakah sah pembatalan nazar itu?

SJ-16-0006 : last questions (nazar)

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan hafiz85 dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah

1. Kaunter Zakat Pejabat Agama Islam Selangor tidak menerima bayaran mana-mana kafarah. Mereka menganjurkan kita mencari sendiri orang miskin untuk diberi makan. Selangor sebagai contoh, meletakkan rm1.50 bagi satu cupak beras (saya tidak tahu tahun berapa maklumat ini), anggaran makanan kepada seorang yang miskin.

Tidak semestinya anda mencari orang miskin yang tidak dikenali. Adalah lebih afdhal bagi anda yang mempunyai saudara-mara terdekat yang miskin diberikan makanan tersebut. Anda juga boleh memberi kepada pihak-pihak yang biasa mengendalikan agihan derma kepada orang-orang miskin.

2. Orang yang tidak melaksanakan kafarah nazar, dianggap telah melakukan dosa besar. Menunaikan Nazar atau menebusnya merupakan satu kefarduan. Dia dikatakan telah memungkiri janji dengan Allah. Malah, lihat didalam surah al-Taubah, Allah swt mengganggap mereka seperti orang munafik! Firman Allah swt :-

ÝóÃóÚúÞóÈóåõãú äöÝóÇÞðÇ Ýöí ÞõáõæÈöåöãú Åöáóì íóæúãö íóáúÞóæúäóåõ ÈöãóÇ ÃóÎúáóÝõæÇ Çááøóåó ãóÇ æóÚóÏõæåõ æóÈöãóÇ ßóÇäõæÇ íóßúÐöÈõæäó
dir="ltr">"Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta." [al-Taubah : 77].

Sila lihat ayat surah al-Taubah ayat 75 hingga 78.

3. Sah kafarah anda menggunakan wang JPA, walaupun anda tidak dapat membayar hutang anda yang lain. Kafarah juga merupakan hutang anda dangan Allah swt. Jika anda tidak mampu atau pembayaran itu memudharatkan anda, berpuasalah selama 3 hari.

Sekian, wassalam.

خيرالأمين