SJ-1708: Nifas dan Azan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1708: Nifas dan Azan

Assalamualaikum wmt wkt

1. Adakah seorang wanita yang baru melahirkan anak perlu berniat 2 kali untuk mandi kerana wiladah dan darah nifas?

2.Adakah boleh azan di masjid atau surau menggunakan rakaman azan dari radio atau kaset

Re: SJ-1708: Nifas dan Azan

Jawab:

1. Tidak ada dua niat. Sebab wiladah ialah mandi kerana bersalin (perempuan yg bersalin tapi tidak ada darah nifas), sedangkan nifas pendarahan normal bagi wanita bersalin. Wiladah ialah kejadian ganjil dan jarang berlaku, sedangkan nifas dan haid ialah normal dan fitrah. Fiqh Islami
2. Tidak boleh azan di mesjid menggunakan sistem rakaman. Ini kerana dalam ibadah kita tidak boleh merombak sesuatu yg sudah disempurnakan oleh Nabi saw yg mengajar kepada umatnya dalam tatacara ibadah. Nabi saw telah memerintahkan azan secara` live' dengan mu'azzin (juru azan) yg 'real', maka kita tidak boleh merubahnya tanpa alasan yg kuat dan ijtihad ini hendaklah datangnya dari mujtahid yg muktabar. (Prof Hasbi Siddiqiey, Kuliah Ibadah. PT Rizki Putra) Allahu a'alam