SJ-1714 (SJ-1693-Bah 2): PPZ

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1714 (SJ-1693-Bah 2): PPZ

Assalamualaikum.

Boleh Ustaz jelaskan dengan lebih lanjut (atau dalil ) mengenai ungkapan ayat Ustaz " Yang ditegah syara' ialah anda mengeluarkan terus zakat anda kepada mereka tanpa melalui pusat kutipan zakat"

Apakah kedudukan seseorang itu sekiranya ia terus mengeluarkan zakat kepada mereka yang layak menerima zakat? (tidak melalui amil)

Re: SJ-1714 (SJ-1693-Bah 2): PPZ

Jawab:

Zakat adalah suatu hukum yg dikaitkan dengan penguatkuasaan Pemerintah yg sah yg menjalankan keadilan. Lihat firman Allah SWT (terjemahnya)," orang-orang yg Kami teguhkan kedudukan mereka di mukabumi, mereka mendirikan solat, menunaikan zakat.." AQ 22: 41,
makna ayat itu salah satu fungsi kerajaan Islam ialah menguatkuasakan zakat, menghukum mereka yg enggan berzakat dan memainkan peranan mengagihkan zakat.
Inilah yg disebut oleh fuqaha' , antaranya alMughny, 2/537; Fathul Bari, 12/137; Nailool Awthor, 7/123; alMajmu, 6/163 (termasuk zakat fitrah)
Mereka yg terus mengeluarkan zakat kepada asnaf lapan tanpa melalui pemerintah tetap sah jika ia mempunyai alasan-alasan yg kukuh misalnya pemerintah itu tidak adil.
Di Malaysia, hanya zakat fitrah saja yg boleh diagihkan sendiri dengan quota yg ditetapkan oleh majlis. Jika umat Islam mengagihkan sendiri zakatnya, dia terpaksa membayar cukai pendapatan yg tinggi kerana pengagihan sendiri tidak melayakkan rebat dari income-tax. Allahu a'alam