SJ-1728 : KITAB BAHRUL MADZI

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1728 : KITAB BAHRUL MADZI

A'salam wr kth

Bolehkah tuan menerangkan serba-sedikit latarbelakang dan konsep kitab Bahrul Mazzi dan siapa pengarangnya.

Terima kasih

Re: SJ-1728 : KITAB BAHRUL MADZI

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah, berdasarkan butiran-butiran berikut adalah merupakan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang diajukan menurut pengetahuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala :

Kitab ÈÍÑ ÇáãÇÐí “ Bahrul Madzi “ adalah merupakan salah-satu kitab hadis yang terulung di dalam bahasa Melayu kita. Ianya merupakan ringkasan kepada kitab hadis yang terkenal SUNAN TURMUDZI ataupun nama lengkapnya “ AL-JAMI’ AL-MUKHTASAR MIN SUNAN ‘AN RASULILLAH SAW “ yang diusahakan oleh Al-Imam Al-Kabir Al-Muhaddis Muhammad ‘Isa At-Turmudzi (rh).

Kitab Sunan At-Turmudzi ini merupakan salah-satu kitab hadis yang terbaik di sisi ‘ulama hadis sehingga majoriti mereka meletakkan ia di darjat keempat daripada jumlah ribuan karya ulama’ hadis semenjak dahulu lagi.

Manakala Kitab “ Bahrul Madzi “ pula telah disusun oleh ‘Allamah Syeikhuna Muhammad Idris Al-Marbawi Al-Azhari ( Tokoh Ma’al Hijrah Pertama Malaysia ) sebagai ringkasan dan terjemahan ke bahasa Melayu bagi kitab asalnya : Sunan At-Turmudzi.

Kitab Bahrul Madzi ini dikarang oleh beliau setelah beliau mempelajari Sunan At-Turmudzi di Masjid Saidina Hussein (ra) , yang berhampiran dengan Masjid Besar Al-Azhar, Kaherah. Guru yang mengajar beliau ialah salah-seorang pakar hadis di Mesir ketika itu ( sekitar tahun 1920’an ) yang bernama Almarhum Syeikh ‘Allamah Muhammad Ibrahim As-Samaluthy , salah-seorang ‘alim besar Al-Azhar ketika itu.

Sunan At-Turmudzi dipelajari oleh Syeikh Al-Marbawi drp Syeikh As-Samaluthy itu setelah tamat mempelajari Sahih Imam Muslim (rh) drp beliau (rh). Khabarnya setelah tujuh kali khatam mempelajari dan menekuni Sunan At-Turmudzi, barulah Syeikh Al-Marbawi menghasilkan karya teragungnya : Bahrul Madzi, dengan berpandukan juga kepada Kitab Al-Umm karangan Imamuna Al-Jalil Asy-syafi’e , Imam An-Nawawi menerusi huraiannya bagi Sahih Imam Muslim rh, serta karangan-karangan Imam Al-Qostoloni dan Imam Ibnul ‘Arabi serta selain mereka semua (rh).

Selain itu juga, Syeikh Al-Marbawi yang merupakan anak Kampung Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan ini juga telah menulis Kitab Bahrul Madzi ini dengan beberapa cara yang tidak terdapat di dalam Sunan At-Turmudzi dan ditambah pula dengan huraian-huraian yang tidak ada tolok-bandingnya, biorgrafi periwayat hadis serta perbandingan di antara beberapa buah hadis dan masalah-masalah Fiqh yang sudah cukup “ mengenyangkan “ mereka yang mentelaah dan mempelajari isi-isi kitab ini. Pendek kata, walaupun kitab itu dikarang sudah menjangkau usia 80 tahun, ianya cukup berfaedah dan sebenarnya biorgarafi mengenainya , mahupun pengarangnya ibarat kata pepatah Arab : “ Ûäí Úä ÇáÊÚÑíÝ “ ertinya : Sudah cukup terkenal dan popular !!.

Kami menyarankan saudara dan kita semua mengikuti pengajian kitab ini, contohnya yang dikendalikan oleh Al-Fadhil Ustaz Shamsuri Hj. Ahmad di sebelah utara Semenanjung Malaysia ataupun bolehlah didapatkan kaset-kaset pengajiannya.

Jangan ketinggalan mendapatkan kitab ini dan mengikuti pengajiannya kerana ianya dihasilkan oleh seorang yang sudah tersohor keilmuaannya hasil “ menghamba diri “ dan menjadi murid kanan kepada Almarhum Al-‘Arif Billah Syeikh Tok Kenali (rh) dan beliau juga merupakan salah-seorang daripada angkatan anak-anak Melayu yang menjejakkan kaki ke Universiti Al-Azhar , Mesir setelah sekian lama beliau membesar dan menuntut di Tanah Suci Mekkah Al-Mukarramah.

Semoga Kitab Bahrul Madzi ini menjadi sebab-musabab Allah Ta’ala mengurniakan rahmat-Nya kepada Almarhum Syeikh Al-Marbawi dan kita semua.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin !!!

***********************

Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.

SARANAN RUJUKAN & PEMBACAAN :

1- KITAB BAHRUL MADZI – Jilid 1 ( Muqaddimah ).
2- KAMUS ILMU HADIS – Drs. Totok Jumanoro.
3- KASET-KASET PENGAJIAN AL-FADHIL USTAZ SHAMSURI HJ. AHMAD

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

6 / Jamadil Akhir / 1423 H
15 / Ogos / 2002 M

Bandaraya Kaherah, Mesir.

Re: SJ-1728 : KITAB BAHRUL MADZI

Quote : ".......dan beliau juga merupakan salah-seorang daripada angkatan anak-anak Melayu yang menjejakkan kaki ke Universiti Al-Azhar , Mesir setelah sekian lama beliau membesar dan menuntut di Tanah Suci Mekkah Al-Mukarramah ".

MAKSUDNYA : Merupakan salah-seorang daripada angkatan PERTAMA @ Generasi Melayu pertama yang berjaya menjejakkan kaki ke Bumi Mesir.