SJ-1850: investment analysis

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1850: investment analysis

assalamualaikum...
saya bercadang untuk mengikuti program'short sem ' diploma in invesment analysis pada cuti semester ini. masalah saya, sekarang saya jadi serba salah samada untuk meneruskan niat saya itu atau sebaliknya. Ini kerana saya ada baca artikel dari web ini mengatakan pekerjaan dalam bidang kewangan di Malaysia haram krn tidak mengamalkan sistem ekonomi Islam melainkan jika dalam keadaan darurat. Jadi di sini saya serba salah sedangkan program pengajian yg saya ingin ikuti ini menyediakan peluang sebagai remesier atau penganalisis kewangan yang terlibat dalam sistem kewangan riba di Malaysia. dengan diploma ini juga saya beranggapan memberi advantage kpd saya untuk memohon pekerjaan suatu hari kelak kerana saya adalah pelajar semester akhir pentadbiran perniagaan major kewangan. Harapan saya agar saya tidak membazir duit dan masa saya dengan mengikuti program tersebut.Tolonglah jelaskan pd saya ustaz. terima kasih.

Re: SJ-1850: investment analysis


Jawab:
Mungkin anda tersilap faham dgn article itu. Kita mengesyorkan anda teruskan mendapat kemahiran dalam bidang anda. Malaysia mengamalkan ekonomi dwi-system: konvensional dan Islamik (tahap awal). Maka ilmu perbankan, pelaburan, ICT, ini perlu dikuasai oleh umat Islam sebaik mungkin. Jika ilmu sihir dibahaskan oleh fuqaha': apakah harus atau haram mempelajarinya, maka ilmu pelaburan ini jauh lebih baik dari ilmu sihir. Ilmu analisa pelaburan bukanlah ilmu yg haram dipelajari. Soal kerjaya itu soal kedua, ilmu dan kemahiran adalah soal lain pula. WaLlahu a'alam