SJ - 1987 : DOA MIKRAJ ALA SYIAH ?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1987 : DOA MIKRAJ ALA SYIAH ?

Assalamu'alaikum Warah MatuLlah

Sahih?
http://almawaddah.hypermart.net/doa/doa_mikraj.htm

PERISTIWA DO`A MI’RAJ DAN KHASIATNYA.
Dinukilkan dari Rasulullah SAWA termulia sebagai berkata :

" Pada malam aku dibawa ke Mi’raj, di sepanjang melalui setiap lapisan langit hinggalah sampai ke langit yang ke tujuh, apa- apa yang ku lihat dan interaksiku dengan Allah SWT adalah secara langsung tanpa pengantara. Aku kembali ke maqam khas Jibrail AS dan oleh kerana aku telah sampai kepadanya lalu aku bertanya " Ya Jibrail! Doa’ apakah yang aku dengar dibaca oleh sekian para malaikat ?". Jibrail AS menjawab " Ya Muhammad! Inilah doa’ yang ku persembahkan kepadamu dari Haq Allah Ta’ala dan dia berfirman bermaksud:
" Barangsiapa yang membawa doa’ ini dari zaman Nabi Adam AS hingga ke zaman nabi yang terakhir (khatam) atau memiliki doa’ ini dan membawa bersama-samanya ke mana-mana jua :-
· Mereka pasti akan dimuliakan oleh orang-orang di sekitarnya.
· Hajatnya akan tercapai
· Allah SWT tidak menjadikan penghalang perhubungan dengannya secara langsung
· Akan terselamat dari segala ancaman bahaya
· Sekiranya manusia dari zaman nabi Adam A.S hinggalah ke zamanmu berkumpul dan berpakat beramai-ramai dan seluruh lautan bersatu menjadi dakwat dan ke tujuh-tujuh langit serta bumi bercantum menjadi lembaran kertas dan bilangan penulis yang tersangat ramai hinggakan sekelian para malaikat menjadi takjub dan tergamam dan lautan menjadi kering untuk dijadikan dakwat dan langit-langit serta bumi habis disebabkan dijadikan kertas oleh penulis-penulis itu, belum tentu mereka mampu menulis dan mencatat segala pahala doa ini yang tidak terhingga banyaknya. Dan walau untuk satu kalimah pun beribu manusia tidak akan termampu menulis semua pahala ini.
· Pembaca dan pemilik doa ini tidak akan sempit rezekinya hinggalah tiba ajal mautnya sampaikan dia tidak akan bergantung kepada kerjanya dan
· Terlepas dia dari dihisab dan diperhitung amalannya di hari Qiamat dan
· Tanpa hisab akan dimasukkan ke dalam syurga.
· Ya Muhammad ! S.A.A.W , pemilik dan pembaca doa ini akan terselamat di akhirat .
· Sesiapa sahaja… bacalah doa ini walau sekali seumur hidup, kalau tidak boleh dan berkemampuan membaca , mendengar sahaja atau cukuplah sekadar membawa bersama-samanya ~ pahalanya samalah seperti :-
· 40,000 kali khatam Al Quran
· 40,000 kali menunaikan haji
· telah qurbankan 40,000 ekor kambing
· memerdekakan 40,000 orang hamba abdi
· memberi makan 40,000 orang miskin
· memberi dan menyediakan pakaian untuk 40,000 orang yang tidak berpakaian
· membaca ke semua 4 kitab As-Samawi ( kitab yang diwahyukan ) : Kitab Taurat [Nabi Musa AS] - Kitab Injil [Nabi Isa AS] - Kitab Zabur [Nabi Daud AS] - dan 2 kali membaca Kitab suci Al Quran [Nabi Muhammad Al Mustafa SAAW]
· Kalau ditimpa sakit yang tidak dapat diubati lagi oleh doktor, berilah doa ini kepada pesakit dan letakkan di sisinya ~ nescaya akan sembuh.
· Allah SWT akan melunaskan hutang-hutangnya jika dia membaca doa ini
· Sesiapa yang malas atau kurang perhatian terhadap solat , bawalah bersama doa ini ke mana jua ~ dengan Haqnya Allah SWT pasti hatinya akan bercahaya dan akan tamak kepada solat.
· Wanita yang `aqim / mandul disarankan membaca doa ini ke atas air dan minum airnya ~ kelak akan mengandung dengan kuasa Allah SWT dengan mudah selepasnya. Begitu juga bagi mereka yang susah bersalin.
· Seseorang yang terikat dengan sesuatu, ambillah doa ini dan lekatkan dengan lilin lalu ikat di pinggang ~ nescaya akan terlerai luas ikatan tersebut.
· Gadis yang lambat berkahwin atau bernasib malang, bacalah dan bawalah doa ini ~ nescaya akan terbuka luas ikatannya dan nasibnya akan cerah.
· Sesiapa yang dihukum tali gantung , bacalah doa ini dan hembuskan kepadanya dari jauh atau dekat ~ akan terselamat dari segala bencana dan kemudharatan.
· Kalau berhajatkan anak, bacalah doa ini ~ nescaya Allah SWT akan mengurniakan anak lelaki kepadanya.
· Sesiapa yang mempunyai doa ini :- akan terselamat dari gigitan berbisa lipan, kala jengking, ular dan dari mulut orang-orang yang jahat dan celupar
· Terhindar dari sakit telinga, mata, kepala, hati, jantung dan dari kelumpuhan & kekurangan dan dari seluruh penyakit-penyakit dan bala bencana /mala petaka.
· Jika dikuburkan jasad dengan doa ini, dengan haq Allah SWT :-
· akan membantu si mati di dalam kubur
· mempermudahkan Sakratul Mautnya
· terlepas dari azab kubur dan soalan-soalan malaikat Mungkar & Nangkir AS
· Di hari Akhirat, 40,000 malaikat akan menyambut dan mengiringinya hingga dimasukkan ke dalam syurga."

Penjelasan mengenai doa ini tersangatlah banyaknya. Tetapi telah diringkaskan supaya tidak jemu dan penat membacanya dan doa ini sangat mujarab dan berkesan.Wallahu A`lamu Bis Sowab.

Terjemahan Do`a Mi’raj

Wahai Tuan, Wahai Penyandar, Wahai Penonggak, Wahai Tuhan Yang Hanya kepadaNya Disandarkan, Jadikan bagiku keluasan dan pintu keluar dalam keadaanku sekarang. Dan cukupkanlahku padanya, Dan aku memohon perlindungan hanya dariMu dengan Nama Allah yang mempunyai ke semua kesempurnaan
Ya! Allah, Ya! Allah, Ya! Allah,
Wahai Pemurah Ya! Rahman, Ya! Rahman, Wahai Pengasihani, Wahai Pencipta,
Wahai Pemberi Rezeki, Wahai Pembersih dari kekurangan, Wahai Yang Awal,
Wahai Yang Akhir, Wahai Yang Dzahir, Wahai Yang Bathin,
Wahai Pemilik, Wahai Penguasa,Wahai Pemberi,
Wahai Pemberi Yang Tidak Terhingga Dari Segala Pemberi,
Wahai Pengampun, Wahai Bijaksana, Wahai Pendengar, Wahai Pemerhati,
Wahai Pemaaf, Wahai Penyayang,Wahai Yang Memaafkan,
Wahai Yang Bersyukur, Wahai Yang Mengetahui, Wahai `Adil,
Wahai Pemurah, Wahai Pengasihani,
Wahai Penyayang, Wahai Pelepas, Wahai Pelembut,
Wahai Yang Ganjil/Satu,
Wahai Penolong kesusahan,Wahai Penerima, Wahai Kekasih Yang Mengasihani,
Wahai Tempat Kembali Orang-orang Yang Bertaubat, Wahai Teman Setia,
Wahai Tempat Kembali Seluruh Manusia Kepadanya, Wahai Penjaga,
Wahai Pencabut Nyawa, Wahai Yang Menghidupkan Dan Hidup,
Wahai Raja Pemilik, Wahai Penyebab,Wahai Pewaris, Wahai Pengasihani,
Wahai Yang Mengasihani, Wahai Pembuka, Wahai Peluas Keluasan Sempit,
Wahai yang Empunya Kemegahan, Wahai Yang Memuliakan,
Wahai Yang Menghinakan,
Wahai Pembantu, Wahai Penerang,
Wahai Yang Empunya Kebesaran Kemuliaan, Wahai Keindahan,
Wahai Penjaga Dari Kecil Hingga Akhir Hayat, Wahai Wakil, Wahai Penunjuk,
Wahai Yang Hidup, Wahai Yang Berdiri Dengan Sendirinya,
Wahai Yang Empunya Kekerasan Dan Paksaan, Wahai Penebus Dosa,
Wahai Pelembut, Wahai Penolong,
Wahai Dayyan*, Wahai Pengampun, Wahai Penjelas,
Wahai Yang Suci Dari Kekurangan, Wahai Pembantu, Wahai Sultan/ Pemerintah,
Wahai Pengaman dan Amanah,
Wahai Yang Beriman, Wahai Pembongkak, Wahai Yang Berterima Kasih,
Wahai Yang Mulia, Wahai Yang Tinggi Derajatnya, Wahai Penepati Janji,
Wahai Pembersih Kekotoran Dalaman dan Luaran, Wahai Yang Kuat,
Wahai Yang Kaya, Wahai Pemberi Haq Kebenaran, Wahai Pemurah Pemberian,
Wahai Yang Akhir,
Wahai Yang Terbaik CiptaanNya, Wahai Yang Terbaik Pemberi Rezeki,
Wahai Yang Terbaik Pengampunan,
Wahai Sebaik-baik Kepada Orang Yang Berbuat Kebaikan,
Wahai Sebaik-baik Penolong,
Wahai Maha Penyayang Dari Seluruh Penyayang-penyayang,
Wahai Cahaya Langit-langit dan Bumi, Wahai Penyuluh Orang-orang Sesat,
Wahai Penunjuk Orang-orang Yang Termangu Kehairanan,
Wahai Pencipta Setiap Sesuatu, Wahai Pembuat Langit-langit dan Bumi,
Wahai Penyuluh Orang-orang Sesat, Wahai Pembuka Pintu-pintu,
Wahai Penyebab Sebab-sebab, Wahai Pengangkat Darjat-darjat,
Wahai Penerima Permohonan-permohonan, Wahai Wali/ Ketua Segala kebaikan,
Wahai Pengampun Segala Kesalahan, Wahai Penghidup Segala Kematian,
Wahai Penambah Semua Kebaikan, Wahai Penolak Segala Bencana,
Ya! Allah, Kau awasi dan jagalah pemilik do`a ini daripada taun,
gempa bumi, malapetaka, riba’ dan...
daripada kejahatan penguasa-penguasa yang zalim,
dan dari kejahatan mata-mata yang berniat jahat (pukau dan seumpamanya),
dan daripada kejahatan musuh-musuh , daripada kejahatan jin dan manusia,
Dengan HaqNya Tiada Tuhan selainNya Yang Hidup dan Bangun Dengan Sendiri, Dengan HaqNya
Dengan HaqNya
Dengan HaqNya Muhammad Al Mustafa, Dan Dengan HaqNya `Ali Al Murtadha dan Para Aimmah Yang Menghidayahkan Manusia, Dengan HaqNYa Luh dan Qalam, Dan Al Kursi Dan `Arasy, Dan Dengan HaqNya Maka kemudiannya Allah Mencukupi Bagi Mereka Dan Dia Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui,
Ya! Allah, Kau awasilah dan...
jagalah pemilik do`a ini daripada kejahatan yang mempunyai segala kejahatan, dan...
daripada kejahatan perjalanan malam dan siang,
dan dari kejahatan yang mengandung dan yang dikandungkan,
dan dari kejahatan yang meresap masuk ke bumi dan yang keluar darinya,
dan Dialah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang,
Ya! Allah, awasilah dan jagalah pemilik do`a ini dari segala kejahatan musuh-musuh dan dari segala kejahatan kewajipan* kesakitan,
Dan dari kejahatan perempuan-perempuan tukang sihir yang meniup dengan air ludahnya pada simpul tali,
dan dari kejahatan orang yang dengki (iri hati),
bila ia melahirkan dengkinya,
Wahai Pembimbing Pendidik sekelian manusia
Dengan Kemuliaan Yang Ada PadaMu,
dan Ketegasan Dalam KelembutanMu, Dan Penyayang Dengan Kasih SayangMu,
Wahai Pembari Segala Pemberian-pemberian, Wahai Penyangkal Bala-bala,
Wahai Pengampun Segala Kesilapan, Wahai Penutup segala`aib,
Wahai Cahaya Yang Tidak Nampak, Wahai Cahaya Hati-hati,
Wahai Kekasih Hati-hati, Wahai Penyempurna Hajat-hajat,
Wahai Pengasih Dunia Akhirat,
Wahai Maha Penyayang Atas Segala Penyayang,
Dan Dengan HaqNya Bukankah hanya kecuali Allah Penyempurna Segala Perkara,
Ya! Allah, Aku menyerahkan jiwa ragaku, hartaku, anak-anakku dan
seluruh apa-apa jua yang telah Engkau kurniakan nikmatnya ke atasku dalam bentuk agama / akhirat maupun dunia,
Sesungguhnya tiada sesuatu pun yang boleh merosakkan ciptaanMu yang menciptakan, dan penguasaanMu dan pengharapanMu,
dan tiada sesiapa yang boleh memberitahuku kecuali DiriMu,
dan sekali-sekali selama-lamanya tidak akan ku jumpa selainNya Yang Esa,
Ya!Allah, Ya! Tuhan kami, berikanlah kami hasanah / kebaikan di dunia dan akhirat dan jauhkanlah kami dari `azab neraka dan `azab kubur dengan RahmatMu Wahai Maha Penyayang atas seluruh yang penyayang.
Selawat Allah ke atas Muhammad dan ahli keluarganya yang suci dan para aimmah yang ma’sum dan salam dengan salam yang banyak.

Kemudian bacalah Ayatul Kursy.

Teks Dalam Bahasa Arab

[image]http://almawaddah.hypermart.net/doa/miraaj1.gif">

Re: Mohon Comment: Doa mikraj

A'kum..

Doa di atas adalah doa Syiah yg diambil dari laman web Syiah Imamiyah berbahasa Melayu. Jelas dan nyata sekali isikandungan doa dab isikandunagn web berkenaan adalah sesat dan bertentangan dengan akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Hati-hati dengan laman web ini.

Sekian, wassalam