SJ-2189: WAS-WAS (makanan vegetarian)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2189: WAS-WAS (makanan vegetarian)

:salam

Saya was-was mengenai makanan yg disediakan oleh orang bukan Islam. Ada orang bukan Islam (Orang India dari India) ada membawa makanan yg dimasak di rumahnya, dia kata Vegetarian.
APAKAH HARUS DIMAKAN ATAU MACAMMANA.
:wassalam

Re: SJ-2189: WAS-WAS (makanan vegetarian)

:wassalam
Jawab:
Dasar pemakanan dalam Islam ialah Halalan Tayyiban (Halal lagi bersih) Dalil: AQ 2: 168 (Hai sekalian manusia, makanlah yg halal lagi baik (bersih/berkhasiat/bermutu/lazat) dari apa yg terdapat di bumi..")
Halal dan baik itu sudah semestinya datang dari orang Islam sendiri, pengusaha makanan yg mukmin. Namun, tidak ditegah kita memakan makanan dari non-muslim jika halal dan tayyib ini dapat dijamin.
Sebab itu ada standard Halal atau logo Halal. Ini kerana dalam kehidupan harian sebagai pengguna, umat Islam menerima bekalan makanan dari seluruh dunia baik ahlil kitab atau musyrikin. Maka logo Halal itu banyak membantu.
Maka dalam situasi anda, ia terserah pada anda sendiri menentukan. Jika non-muslim itu anda kenali dan sahih ia vegetarian (makanan berasaskan bukan punca haiwan), maka harus memakannya (termasuk halal dan tayyib). Jika dia tidak dikenali oleh anda..maka ia termasuk syubhah. (Fatawa Brunei, Irsyad Hukum, 1999) WA