al-ahkam.net 1434 on Facebook

Custom Search

SJ-2212: Imam tersalah niat.

Lazada Malaysia

:salam
Apakah hukumnya jika imam tersalah baca niat solat. Sebagai contoh seorang imam membaca niat solat zohor untuk solat jumaat? Apakah yang perlu dilakukan oleh makmum jika terdengar bacaan niat oleh imam yang tersasur semacam ini?
Jika imam membetulkan balik bacaan niat serta meneruskan solat, apakah hukumnya jika ada makmum yang tidak yakin dengan imam tersebut dan pergi mencanangkan tentang kesilapan imam tersebut? Adakah makmum tersebut dikira telah mengaibkan imam dan dikira berdosa?
Terima kasih.

:wassalam
Jawab:

1. Talaffuz niat (mengeraskan niat) adalah perbuatan Bid'ah. Ini disepakati oleh seluruh ahli hadis. Mengeraskan lafaz niat tidak wajib dan tidak sunnah (Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, Majmu' Fatawa, 22/28; alhafeedz Ibn Qayyim, Zaad alMa'ad, 1/201, Ighatsah alLahafan, 1/136); Ibnul Jawzee, Talbis Iblis/ 138, anNawawi, alMajmu', 2/243, Masail Imam Ahmad Ibn Hanbal, 31)

2. Jika anda mendengar Imam bertalaffuz niat dan lafaznya salah. Ia tidak dikira kerana lafaz niat itu perbuatan bid'ah, yg dikira ialah niat dalam hati sahaja. Maka solat makmum sah.
(Ibn Jawzee, Talbis Iblis, 138)

3. Jika Imam membetulkan kembali talaffuznya (lafz niatnya) , maka kenapakah makmum hendak mencanangkan kesalahan Imam? Etika Muslim dikehendaki menutup keaiban saudaranya sudah dimaklumi. Dalil: AQ:49:12. WA