SJ-2278: ulama & mazhab (thtl vs Pendekar)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2278: ulama & mazhab (thtl vs Pendekar)

Assalamualaikum..

Saya tanya sikit mengenai soalan & jawapan sj-2275-(Ustaz THTL) dan perbandingan dgn jawpan ustaz pendekar sj-2276. Kerana terdapat sedikit kekeliruan bagi saya jer lah…
Dimana ustaz Thtl menyarankan agar kita menguasai instruments (tools atau alat) untuk mengikuti sesuatu ulamak itu manakala ustaz pendekar menyatakan “Masyarakat awam yang kurang ilmunya di dalam selok-belok hukum-hakam islam sebenarnya tidaklah mempunyai sebarang mazhab ( anutan dan pegangan ) tertentu di dalam beribadah . Mereka boleh sahaja memilih mana-mana mufti , ulama’ , ustaz – ustazah , fatwa-fatwa yang mereka rasakan sesuai dengan kemampuan dan kecenderungan mereka .

2) Betulkah kita mesti mahir dan faham dalam 4 mazhab, barulah kita dibenarkan untuk mengikuti pendapat yg rajih (tepat) untuk ittiba' asSunnah . Seperi yg dinyatakan oleh kawan saya.

Waasalam

Re: SJ-2278: ulama & mazhab (thtl vs Pendekar)

:wassalam

Jawab:

1. Yang benar tidak ada :duel2
antara tulisan thtl dan pendekar.

Ini kerana bila si muttabi' menghadapi kebuntuan bila berdepan dgn isu khilafiah yg mana dalil2nya bersimpang siur, maka si muttabi boleh memilih mana-mana pendapat yg difikirkan lebih hampir kpd kebenaran disamping itu hendaklah terus mencari kebenaran. Ini kerana muttabi' masih lagi tergolong dalam golongan awam. (Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dalam Dhuratul Bahiyah fi Taqlid wal Madzhabiyah, Tahqeeq Muhammad Shakir)
kekeliruan ini disebabkan tiga faktur:
a. takafu' (dalil sama kuat) atau
b. suntuk waktu untuk terus mencari dalil lain dan berijtihad
c. dalil yg ada tidak jelas.

Jadi bila kita ada instruments dan tahu menggunakannya, tidak bermakna kita sudah bebas berijtihad terus dari dalil, kita masih boleh bertaklid kepada mana-mana Imam bila menghadapi tiga senario yg digariskan oleh Ibn taymiyah.

2. Tidak benar. sebab menguasai 4 madzhab atau beberapa lagi madzhab fiqih (Zahiri, Imamiah, Zaydiah, Laits, dll) adalah kerja yg amat sulit. Kita hanya disarankan menguasai salah satu madzhab yg 4 sebagai safety net jika menemui kebuntuan dan kekeliruan. (syarah Risalah Ta'alim) yang benar ialah menguasai instruments fiqih spt yg dipelajari oleh pelajar2 di fakulti2 pengajian syari'ah dan fiqih. Sudah banyak dibahaskan dalam isu ini sila browse archive Ahkam. WA