SJ-2296: Betul ker anak yang sah????

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2296: Betul ker anak yang sah????

:salam

Ustaz, saya dah pun melayari website Suara Ulama', JAKIM dan juga al-ahkam ini sendiri dan telah pun membaca persoalan mengenai anak luar nikah di kesemua website tersebut. Termasuklah di dalam al-ahkam ini.

Di sini, saya ingin mendapatkan kepastian yang mutlak berkenaan hukum mengenai anak luar nikah ini. Saya pecahkan soalan saya ini kepada 2 kes yang berbeza :

Kes 1
Sepasang kekasih telah pun terlanjur. Keterlanjuran mereka telah diketahui oleh keluarga perempuan berkenaan disebabkan perempuan itu mengandung 3 minggu dan telah disahkan dengan pemeriksaan doktor. Lelaki yang menzinainya (kekasih perempuan itu) sedia untuk bertanggungjawab atas perbuatannya.

Jadi, majlis akaq nikah dilangsungkan 2 minggu kemudian sedangkan telah diketahui oleh kedua-dua pihak keluarga bahawa perempuan berkenaan telah pun mengandung.
Anak yang dikandung perempuan tersebut dilahirkan selepas tempoh berlalu 6 bulan dari tarikh akaq nikah. Anak tersebut sempurna semua sifat-sifat manusia.

Ini kerana secara normalnya, bayi akan dikandung dlm masa 40 minggu ( lebih kurang 9 bulan lebih). Dlm perubatan, kes-kes pre-mature baby (bayi yang lahir awal) hanya berlaku sebulan lebih awal drpd kelahiran yang diramal doktor.
Apakah hukum anak tersebut? Adakah anak itu anak luar nikah ataupun anak yang sah sedangkan :
1) Diketahui semasa majlis akaq nikah itu, perempuan berkenaan telahpun mengandung.

2) Dan anak itu lahir selepas tempoh berlalu 6 bulan selepas tarikh akaq nikah.

Kes 2
3 hari sebelum majlis akaq nikah, seorang perempuan dan tunangnya telah melakukan zina. Perbuatan ini tidak diketahui oleh pihak keluarga kedua-dua pihak berkenaan.
Jadi, dilangsungkan majlis akaq nikah seperti yang dirancang. Pengantin perempuan berkenaan tidak mengetahui samada dia mengandung atau tidak disebabkan perbuatan zina itu hanya berlaku 3 hari sebelum majlis akaq nikah. Sedangkan persenyawaan sperma dengan ovum dan juga penempelan zigot pada dinding endometrium (rahim) hanya berlaku seminggu atau 9 hari lebih.
Selepas lebih kurang sebulan daripada tarikh akaq nikah, perempuan berkenaan mengandung dan disahkan oleh doktor. Perempuan itu melahirkan anak tersebut selepas tempoh berlalu 6 bulan selepas tarikh akaq nikah dan anak tersebut sempurna segala sifat-sifatnya. ( Dlm perubatan, anak yang dilahirkan 3 bulan lebih awal daripada ramalan doktor bukanlah dipanggil kelahiran, tetapi pengguguran ).
Apakah pula hukum bagi anak yang dilahirkan ini?

Saya pecahkan persoalan saya ini berpandukan kepada 2 kes di atas.
Diharap ustaz dapat menyelesaikan kekeliruan saya ini. :confused:

:wassalam

Idzham (not verified)
Re: Betul ker anak yang sah????

:salam

Saya sentiasa menanti jawapan daripada ustaz berkenaan soal anak luar nikah ini. Saya tak kisah kalau ustaz reply lewat. InsyaAllah, saya akan bersabar menunggu jawapan daripada pihak ustaz al-ahkam.

Ustaz buatlah rujukan yang sewajarnya daripada kitab-kitab dan juga fatwa daripada mesir berkenaan hal ini.

Yang penting bagi saya, saya ingin kepastian yang sebenar-benarnya tentang 2 kes tersebut.

Adakah anak dalam kedua-dua kes di atas dianggap sebagai anak yang sah?

Ataupun anak dalam kes ke-dua sahaja dianggap sebagai anak yang sah?

:wassalam

Re: SJ-2296: Betul ker anak yang sah????

:wassalam

Jwb:

Muqaddimah:
a. Kami hairan jika anda tidak menemuinya dalam archive Ahkam (kerana kami sering menjawab soalan seputar status anak luar nikah), begitu juga laman web Jakim juga ada.
b. kepastian yg mutlak dalam hal ini tidak ada kerana urusan pendaftaran anak, nikah-cerai-rujuk bergantung pada penggubalan hukum kekeluargaan bagi negara2 umat Islam yg tidak seragam kerana ada unsur perbedzaan madzhab dan ahli fiqih yg menggubalnya.

Kes 1: Perkahwinan selepas disahkan hamil
Perkahwinan ini sah menurut madzhab Syafi'iy dan anak yg lahir selepas tempoh enam bulan juga sah dinasabkan kepada lelaki itu. Ini kerana kehamilan tidak termasuk penghalang akad-nikah , tapi menurut Fiqh Hanbaliah, perkahwinan ini tertegah berdasarkan dalil Hadis ," jangan kamu kahwin dgn wanita hamil hingga dia bersalin" (Fatawa Ibn Taymiyah, Majmu' Fatawa Jld 32)
Anak yg lahir selepas perkahwinan melebihi 6 bulan 2 lahzah (detik) juga sah dinasabkan kpd lelaki yg menghamilkan ibunya itu. Dalil : Al Ahqaf: 15
Ketetapan ini sudah termaktub dalam enakmen kekeluargaan Islam Malaysia. (Prof Mahmud Zuhdi, Hukum Kekeluargaan Islam Malaysia)

Kes 2:
Kes kedua juga tidak berbeda dgn kes 1. Pokoknya ia adalah dosa besar dan jika thabit boleh dihukum sebatan 100X. perkahwinan mereka itu sah dan anak yg lahir nanti pun boleh didaftarkan spt biasa. Mereka perlu bertaubat dan banyak berbuat kebajikan. WA