SJ-2336: Makanan Dewan Makan SBP

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2336: Makanan Dewan Makan SBP

Assalamualaikum…

Ttg makanan yang disediakan di dewan makan sekolah-sekolah berasrama…. Apakah hukumnya jika pelajar-pelajar itu mengambil lebih daripada had yang dibenarkan? Adakah dia dikira telah memakan benda yang haram? Adakah kerana jumlah bayaran yuran yang dibayarnya untuk sebulan itu yang menghadkan seseorang pelajar itu mengambil lebih? Jadi, bagaimana jika dia tidak makan untuk sesuatu waktu, adakah dia boleh mengambil “haknya” yang masih belum dituntut dengan mengambil makanan dengan jumlah yang lebih pada waktu-waktu yang lain? WA

Re: Makanan Dewan Makan SBP

:wassalam

Pertanyaan spt ini dikategorikan sebagai membiarkan hal2 yg remeh-temeh menguasai diri. Penulis sendiri juga adalah bekas lulusan sekolah berasrama penuh dan kami tidak dibebankan dgn hal ini. Maksudnya tidak ada pelajar yg membuat aduan kelaparan kerana bahagian makanan mereka telah diambil oleh orang lain. Kecualilah terdapat suatu wabak yg serius di mana ramai pelajar kelaparan kerana ration mereka telah diambil oleh pelajar lain. Spt kata sebuah sya'ier Arab," sesungguhnya urusan yg kecil itu boleh menghanyutkan urusan yg besar."
Sya'ir ini membawa dua makna:
1. Jika kita membiarkan timbunan hal-hal yg remeh-temeh, ia boleh mengancam kehidupan manusia atau
2. jikalau kita membesar-besarkan hal2 yg kecil juga boleh merugikan perjalanan hidup manusia.
Berlebih dan berkurang di dewan makan SBP itu ditutup oleh ayat ini:
" jika kamu menjauhi dosa2 besar , maka Kami hapuskan dosa2 kamu yg kecil." anNisa': 31 (Dr Mohd alGhazali, Jaddik Hayatak) WA