SJ-2488: adakah dikira riba?

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2488: adakah dikira riba?

:salam

Sekarang nie syarikat perbankan maybank (atau juga bank2 yang lain) telah mengenakan caj sebanyak RM 0.50 bagi setiap transaksi yang kelima dan seterusnya dlm bulan tersebut dengan alasan caj perkhidmatan. Adakah ini dikira riba? Sedangkan caj perkhidmatan bagi kad ATM telah pun dikenakan secara tahunan. :confused:

:wassalam

Re: SJ-2488: adakah dikira riba?

:wassalam
Jawab:

RM 0.50 sen itu bukan riba kerana riba dikaitkan dgn pinjaman (loan) sahaja (riba annasi'ah) dan ia memang diklasifikasi sebagai caj perkhidmatan. Ini pertama kali saya dengar ada caj terhadap transaksi ke lima dan juga caj tahunan bagi kad ATM.

Re: SJ-2488: adakah dikira riba?

assalamu'alaikum

Maybank baru implement cara ini ustaz THTL. Mekanismenya ialah setiap 5 transaksi keatas didalam bulan yang sama akan di caj 50 sen. Maknanya setiap bulan, kita boleh guna ATM selama 4 kali tanpa caj 50sen. Kalau dulu Maybank akan caj kalau tidak silap saya RM8.00 setahun dan dengan sistem baru ini caj tahunan itu digugurkan...

Sekadar mencelah. :)
-wassalam-

خيرالأمين