SJ-2503 : Sunat Ab'adh dan sunat Hai'at

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2503 : Sunat Ab'adh dan sunat Hai'at

Assalamu'alaikum...
Saya ingin bertanya,
Sunat Ab'adh sekiranya tertinggal kita disuruh sujud sahwi. Tapi, bagaimana pula dengan sunat Hai'at, kalau kita tinggalkan dengan sengaja, adakah boleh ditinggalkan dengan sengaja atau sebaliknya?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2503 : Sunat Ab'adh dan sunat Hai'at

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab saolan sdr Amal dengan kadar kemampuan kami, Insyaallah.

Menurut Dr Wahbah Zuhaily (Fiqh Al-Islami, 679), bahawa sunat-sunat Solat ini jika sengaja ditinggalkan pun tidak membatalkan solat. Sunat Solat menurut Mazhab Syafie terbahagi kepada 2 : iaitu - Ab'aadh [="#800000" size="3"](ÃÈÚÇÖ) dan Hai'aat [="#800000" size="3"](åíÆÇÊ).

Sunat Ab'aadh ialah apabila meninggalkannya diganti dengan sujud sahwi dan terdapat 8 perkara :- Membaca Tashahud Awal, duduknya, selawat keatas Nabi selepasnya, selawat keatas kaum keluarga Muhammad pada Tashahud Akhir, Qunut didalam Solat Subuh dan Solat Witir pada pertengahan Ramadhan, Berdiri untuk Qunut, Selawat keatas Nabi didalam Qunut, dan selawat keatas kaum keluarga Nabi selepas Qunut. (Fiqh Islami, 680).

Bagi Sunat Ha'aat meninggalkannya tidak memerlukan sujud sahwi. Menurut Abdul Rahman Al-Jaziry (1/200) bahawa Sunat Ha'aat ialah semua perbuatan atau perkataan yang bukan Rukun dan bukan Sunat Ab'aadh [="#800000" size="3"](ßá ãÇ áíÓ ÈÑßä ãä ÃÑßÇä ÇáÕáÇÉ æáíÓ ÈÚÖÇ ãä ÃÈÚÇÖåÇ Ýåæ åíÆÉ). Disini disenaraikan diantara beberapa bentuk sunat Ha'aat dari buku Fiqh Al-Islami (1/683) :-

1. Mengangkat kedua tangan semasa Takbir Al-Ihram
2. Melafazkan Takbir selepas Imam mengucapnya
3. Meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri
4. Melihat kearah tempat sujud
5. Doa Istiftah atau Iftitah
6. Memohon perlindungan Allah dari syaitan (Al-Isti'azah)
7. Membaca 'Amin' selepas Imam membaca Al-Fatihah
8. Menjarakkan kedua-dua tapak kaki, Syafie :- satu jengkal, Hanafi :- jarak 4 jari
9. Membaca surah selepas Al-Fatihah
10. Takbir semasa Ruku', sujud dan bangun darinya, dan semasa qiam.
11. Tasmii' dan Tahmiid :- Sami'Allah dan Rabbana lakal hamdu.
12. Meletakan kedua lutut, kemudian kedua-dua tangan, kemudian wajah ketika sujud
13. Doa antara 2 sujud
14. Duduk Istiraahah
15. Do'a selepas selawat keatas Nabi di Tashahud Akhir
16. Khusyuk semasa membaca zikir-zikir solat

Status sunat Ha'aat ini pada Imam mazhab masih sunat hukumnya. Ia tidak membatalkan solat. Tetapi bila dinilai bahawa Solat mendekatkan diri seseorang kepada Allah swt, maka janganlah kita mengambil ringan akan perkara berikut, lebih-lebih lagi meninggalkan sunat-sunat Ha'aat didalam Solat Fardu.Sunat-Sunat ini yang akan membentuk kesempurnaan dan kekhusyukan solat, kerana apabila seseorang itu bersolat, ia sebenarnya bermunajaat kepada Allah swt sebagaimana Hadith Nabi saw:

[="#ff00000" size="3"]Åä ÃÍÏßã ÅÐÇ Õáì íäÇÌì ÑÈå
"Sesungguhnya jika seseorang kamu bersolat, ia bermunajat kepafa Tuhannya" - Riwayat Bukhari.

Dan ingatlah, barangsiapa yang menjaga solat dengan ertikata tidak meninggalkan sunat-sunatnya maka solat tersebut akan menjaga kita di akhirat kelak, sebagai Hadith Nabi saw :

[="#ff00000" size="3"]ãä ÍÇÝÙ ÚáíåÇ ßÇäÊ áå äæÑÇ æÈÑåÇäÇ æäÌÇÉ íæã ÇáÞíÇãÉ
"Sesiapa yang menjaga solat, maka solat itu menjadi cahaya dan bukti serta menyelamatkan baginya di hari akhirat" - Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Tabrani.

Maka marilah kita sama-sama menjadikan solat kita sebagaimana Rasulullah saw bersolat:-

[="#ff00000" size="3"]"ÕáæÇ ßãÇ ÑÃíÊãæäí ÃÕáí"
"Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat"

wallahu'alam

-wassalam-

Rujukan:
======

1. Dr Wahbah Zuhaily. Fiqh Al-Islami wa 'adillatuh - 1. Cetakan ke 2. Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989.
2. Abdul Rahman Al-Jaziry. Kitabu Al-Fiqhu 'ala Al-Mazaahibi Al-Arba'ah - 1. kaherah : Dar Al-Manar, 1999.

خيرالأمين