SJ - 2695 : berzanji

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2695 : berzanji

Assalamualaikum...
Saya ada sedikit kemusykilan..Boleh tak ustaz terangkan dengan lebih detail mengenai amalan berzanji? Adakah ia dibolehkan di dalam Islam atau dianggap sebagai bidaah? Wassalam... :z

Re: SJ - 2695 : berzanji

Wa'alaikumussalam

Alhamdulilllah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr dengan sedikit pengetahuan yang ada, Insyaallah.

Amalan berzanji [="#0000ff" size="4"](ÈÑÒäÌì) ini sangat masyhor dikalangan orang-orang Islam diNusantara, yang sering membaca Kitab Berzanji karangan Sheikh Ja'afar Al-Berzanji di sambutan-sambutan Maulid Nabi, Ma'al Hijrah dan juga cukur jambul. Diantara perkara-perkara yang terkandung didalamnya ialah kisah kelahiran Nabi Muhammad saw. Amalan berzanji ini juga dikenali juga sebagai Marhaban.

Pertama-tama kalinya, eloklah kita lihat amalan-amalan ini secara terbuka, dengan melihat isi kandungan sesuatu amalan dan di timbang dengan aqidah dan syariah islam itu sendiri. Rata-rata amalan-amalan ini mempunyai maksud dan tujuan yang baik. Cuma kaedah yang mereka gunakan itu, content/isi kandungan khususnya didalam Kitab Berzanji itu tidak selari dengan aqidah Islamiyyah. Perkara-perkara ini dilakukan kebanyakkannya secara sedar atau tidak. Dan mungkin juga ia disebabkan oleh faktor-faktor seperti:

1. Tidak mengerti apa yang diucapkan (eg:- Kitab Berzanji perkataan didalam bahasa Arab)
2. Tahu apa yang diucapkan, tetapi tidak tahu ia bertentangan dengan aqidah.
3. Taklid buta kerana ia dilihat sebagai suatu amalan yang baik
4. Amalan turun temurun - menjadi norma masyarakat tempatan

----------------

Disini sengaja kita mengelakkan dari menghukum secara umum amalan Berzanji , tetapi apa yang ingin kita keutarakan ialah dengan memetik beberapa bait-bait didalam buku berzanji dan kita lihat bersama. Diantara bait-baitnya ialah[1] :

[="#0000ff" size="3"]æóáóãøóÇ ÇóÑóÇÏó Çááåõ ÊóÚóÇáóì ÇöÈúÑóÇÒó ÍóÞöíúÞóÊöåö ÇáúãõÍóãøóÏöíøóÉö

"Dan tatkala Allah hendak melahirkan (ke alam nyata) HakikatNya Muhammadiyah".
[="#0000ff" size="3"]æóÇõÕóáøöíú æóÇõÓóáøöãõ Úóáóì ÇáäøõæúÑö ÇáúãóæúÕõæúÝö ÈöÇáÊøóÞóÏøõãö æóÇúáÇóæøóáöíøóÉö ÇáúãõäúÊóÞöáö ÇáúÛõÑõÑö ÇáúßóÑöíúãóÉö æóÇáúÍöÈóÇåö.
"Dan lagi aku memohon kepadaNya moga-moga Allah mencucuri rahmat dan selamat kepada an-Nur yang Dia telah jadikan terdahulu daripada segala makhluk yang lainnya. Iaitu nur yang berpindah-pindah daripada satu dahi kepada satu yang mulia keadaannya, iaitu moyang-moyang Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam yang mulia sehingga dahi Abdullah ayahandanya".
[="#0000ff" size="3"]äóÊóæóÓøóáõ Çöáóíúßó ÈöÔóÑóÝö ÇáÐóÇÊö ÇáúãõÍóãøóÏöíøóÉö.
"Dan kami (bertawassul) bermohon kepadaMu berkat kemuliaan hakikat al-Muhammadiyah".
[="#0000ff" size="3"]æóÈóÚúÏõ ÝóÇóÞõæúáõ åõæóÓóíøöÏõäóÇ ãõÍóãøóÏõ Èúäõ ÚóÈúÏöÇááå Èúäö ÚóÈúÏö ÇáúãõØøóáöÈö.
"Aku nyatakan bahawa Nur yang tersebut tadi itu akhirnya telah menjadilah Penghulu kita Saidina Muhammad (moga-moga Allah kurniakan kesejahteraan kepadanya) Saidina Muhammad itu ialah anak Abdullah, dan Abdullah itu anak Abdul Muttalib".

---------
Dilihat dari bait-bait syair berzanji yang dipaparkan diatas, ternyata konsep yang ingin dipertekankan diatas ialah Muhammad adalah dari NUR dan beliau merupakan ciptaan yang mula-mula sekali dijadikan. Kita juga dapat melihat betapa sirah Nabi saw itu dipertambahkan dan juga terdapatnya pujian-pujian keatas Nabi Muhammad secara lebih-lebihan (gulw) yang seolah-olah Nabi itu bertaraf Tuhan.

Al-Ahkam telah berkali-kali menjelaskan hakikat sebenar Nabi Muhammad saw dan juga pandangan kami mengenai Nur Muhammad. Berikut kami paparkan urlnya :

SJ - 2646 : APAKAH SEBENARNYA " NUR MUHAMMAD " ?

Dari fatwa :

Apakah Nabi Muhammad saw Makhluk dari Nur?

Fatwa Bin Baaz mengenai Makhluk pertama - Nur Muhammad

--------
Begitulah juga apa-apa bentuk syair, nasyid, zikir, lagu dsb yang mengandungi unsur-unsur yang tidak ada asalnya didalam Hadith dan Al-Quran seperti Nur Muhammad ini agar tidak diamalkan. Konsep-konsep ini akan mencacatkan aqidah kita sebagai seorang Islam yang benar-benar cintakan Nabi Muhammad saw, kerana ia bercanggah dengan aqidah islamiyah dan merupakan fahaman Bid'ah yang sesat.

wallahu 'alam

-wassalam-

Rujukan :

1. Ustaz Rasul bin Dahri. Kebatilan Dan Kemungkaran Berzanji & Perayaan Maulid Nabi saw. Johor Bahru : Jahabersa, 2001.

2.Zulkifli Mat Isa. jemahan Maulid Berzanji dan Daiba'i. Johor Bahru : Jahabersa.

خيرالأمين