SJ - 2756 : WUKUF DI ARAFAH DAN MABIT DI MUZDALIFAH

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2756 : WUKUF DI ARAFAH DAN MABIT DI MUZDALIFAH

:salam

ADAKAH SAH WUKUF DI ARAFAH DAN MABIT DI MUZDALIFAH APABILA SESEORANG ITU MELINTASI RUANG UDARA DI KEDUA-DUA TEMPAT TERSEBUT DENGAN KAPALTERBANG ATAU HELIKOPTER PADA WAKTU YANG DIPERUNTUKKAN UNTUK BERWUKUF DAN BERMABIT ATAS DASAR MEMADAI BERADA DI TEMPAT TEREBUT WALAUPUN SESAAT SAHAJA.

:wassalam

Re: SJ - 2756 : WUKUF DI ARAFAH DAN MABIT DI MUZDALIFAH

Wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan yang dibawa oleh Puan Syarnita (nieta75) dengan kadar kemampuan yang ada, dan kami sedar kami bukanlah pakar didalam bidang ini. Walaubagaimanapun, kami akan cuba memaparkan pandangan-pandangan ulama' Ittiba' Al-Sunnah agar ia menjadi jelas kepada kita akan kaedah-kaedah ibadat Haji ini.

Sebelum kami memberi beberapa pandangan ulama'-ulama' salaf (al-albani dan Ibnu Utsaimin) mengenai Wukuf di Arafah dan di Muzdalifah, elok juga kita melihat pandang mazhab Syafie berkenaan dengan hukum diatas. Pandangan ini diambil dari buku Al-Fiqh Al-Islami wa adillatuhu.

Wukuf di Arafah

Sepakat ulama' mengatakan bahawa Wukuf Arafah ialah RUKUN Haji. Tidak SAH Haji tanpanya. Yang tidak sempat berwukuf dikenakan bayaran DAM dan hendaklah mengada' Hajinya pada musim yang akan datang. Wukuf bermakna berada di Padang Arafah walau satu saat sekalipun, yang dimulai pada masa gelincir matahari hari ke 9 Zulhijjah hingga terbit Fajar hari ke 10 Zulhijjah.

Menurut Dr Wahbah Zuhaily[1], sesiapa yang berwukuf berada di Arafah pada waktu yang ditetapkan, sudah nyata dikira wukuf, walaupun ia berlalu sahaja, sehinggakan kalau ia tertidur atau pitam sekalipun tidak mengapa. Ini boleh diapplikasi dengan permasalahan diatas iaitu berlalu dengan helikopter, kereta ambulan dan sebagainya pada waktu yang ditetapkan sudah dikira berwukuf. Malah, dikalangan pendapat ulama Mazhab Hanafi, jika orang yang berihram itu tidak tahu bahawa tempat itu adalah Arafah pun masih dikira tidak mengapa.

Wukuf (Mabit) di Muzdalifah

Sepakat ulama mengatakan bahawa perbuatan wukuf di Muzdalifah adalah WAJIB Haji, dan bukan rukun haji. Orang yang tidak melakukannya, Hajinya SAH akan tetapi wajib membayar Dam. BERMALAM disana dikira WAJIB bagi Mazhab Hanbali, dan sunat mengikut mazhab Hanafi dan Maliki. Bagi Mazhab Hanbali, jika tidak bermalam di Muzdalifah, akan dikenakan dam, kecuali bagi orang yang lemah dan uzur atau kaum wanita dibenarkan pergi setelah berada disetengah malam.

Kadar berada disana menurut mazhab Maliki ialah kadar lama menurunkan barang, bersolat Maghrib dan Isya' serta minum dan makan sedikit. Manakala bagi Mazhab Syafie, keperluannya hanyalah berada disitu seketika. Maka samalah seperti amalan Wukuf di Arafah, ia boleh berlalu tanpa berhenti. Maka hukum berada di Muzdalifah didalam kenderaan, samada diusung, atau berada didalam helikopter adalah sah disini Mazhab Syafie.
-----------------------

Namun demikian, cita-cita keseluruhan umat Islam yang menunaikan Haji ialah bagi mendapat Haji Mabrur atau tingkatan Haji yang terbaik. Maka dengan itu eloklah dikerja amalan-amalan Haji ini dengan sebaik mungkin, iaitu berdasarkan apa yang telah ditunjukkan oleh nabi Muhammad saw. Sabda Nabi saw :

[="#800000" size="4"]ÎÐæÇ Úäí ãäÇÓßßã
"Ambillah cara Haji kamu daripadaku" - (Riwayat Muslim #1297)

Disini kami meringkaskan petikan dari bab Arafah dan Muzdalifah yang diambil dari buku Manaasik-ul-Hajj wal 'Umrah oleh Shikeh Mohammad Nasyiruddin Al-Albani[2].

Ringkasan Manaasik-ul-Hajj wal 'Umrah :- Bergerak ke Arafah dan Muzdalifah

Apabila matahari terbit pada hari Arafah (9 Zulhijjah) - mereka telah bergerak kearah Arafah dengan memperbanyakkan bacaan Talbiyah [="#800000" size="3"](áÈíß Çááåã áÈíß ¡ áÈíß áÇ ÔÑíß áß áÈíß ¡ Åä ÇáÍãÏ æÇáäÚãÉ áß æÇáãáß áÇ ÔÑíß áß), sebagaimana yang lakukan juga oleh para sahabat Nabi saw. Mereka akan berhenti di Namirah, suatu tempat berdekatan Arafah (yang bukan sebahagian darinya) dan berada disitu sehingga tengahari. Apabila matahari mula menegak mereka akan bergerak ke 'Uranah dan duduk disana, ia berdekatan dengan Arafah, dan disini Imam akan menyampaikan khutbah yang berkenaan. Ada jemaah yang menunaikan Solat Zuhur dan Asar secara jama' dan Qasar didalam waktu Zohor. Dan mereka tidak bersolat apa-apa selain dari solat Zohor dan Asar.

Kemudian mereka pergi ke Arafah dan jika mampu boleh berdiri di batu-batu dibawah Jabal Al-Rahmah, dan jika tidak, mana-mana sahaja tempat diArafah adalah tempat wukuf. Mereka akan mengadap diri kearah Kiblat lalu mengangkat tangan berdo'a dan mengucapkan Talbiyah. Zikir yang paling afdal disana ialah 'La La ilaha illallaah' dan 'Laa ilaha illallaahu wahdahu laa shareeka lahu lahul mulk wa lahul hamdu wa huwa 'alaa kulli shay'in qadeer' [="#800000" size="3"](áÇ Åáå ÅáÇ Çááå æÍÏå áÇ ÔÑíß áå áå Çáãáß æáå ÇáÍãÏ æåæ Úáì ßá ÔíÁ ÞÏíÑ ).

Apabila matahari terbenam, mereka meninggalkan Arafah menuju ke Muzdalifah, dimana mereka bergerak dengan tenang dan khusyuk, tanpa tolak-menolak atau bersesak-sesak, samada menaiki kenderaan masing-masing. Setibanya di Muzdalifah, apabila Azan dan iqamah berkemundang, maka Solat Maghrib 3 rakaat dan Solat Isyaa' Qasar dan dijama'kan sekali. Jika kedua-dua solat ini dipisahkan, tidaklah menjadi masaalah. Mereka tidak bersolat apa-apa diantara Magrib dan Isya'. Kemudian mereka akan tidur sehingga Fajar.

Apabila tiba fajar, Solat Subuh berjemaah diadakan di Muzdalifah, melainkan kepada mereka yang lemah, uzur dan wanita - adalah dibenar meninggalkan Muzdalifah setelah setengah malam. Kemudian sebelum matahari naik, mereka akan berangkat ke Mina dengan bertalbiyah.

--------

Didalam buku Panduan Kesalahan Haji[3] yang ditulis oleh Ibnu Utsaimin, beliau telah menyenaraikan beberapa kesilapan yang dilakukan oleh Jemaah Haji di Arafah dan di Muzdalifah. Diantaranya ialah :

a. Kesilapan tidak menunggu di Arafah.

[="#0000ff" size="3"]Ãä ÈÚÖåã íÎÑÌ ãä ÚÑÝÉ ÞÈá Ãä ÊÛÑÈ ÇáÔãÓ ¡ ÝíÏÝÚ ãäåÇ Åáì ÇáãÒÏáÝÉ ¡ æåÐÇ ÎØà ÚÙíã ¡ æÝíå ãÔÇÈåÉ ááãÔÑßíä ÇáÐíä ßÇäæÇ íÏÝÚæä ãä ÚÑÝÉ ÞÈá ÛÑæÈ ÇáÔãÓ ¡ æãÎÇáÝÉ ááÑÓæá Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÇáÐí áã íÏÝÚ ãä ÚÑÝÉ ÅáÇ ÈÚÏ Ãä ÛÇÈÊ ÇáÔãÓ æÐåÈÊ ÇáÕÝÑÉ ÞáíáÇ ¡ ßãÇ ÌÇÁ Ýí ÍÏíË ÌÇÈÑ ÑÖí Çááå Úäå .
æÚáì åÐÇ ÝÅäå íÌÈ Úáì ÇáãÑÁ Ãä íÈÞì Ýí ÚÑÝÉ ÏÇÎá ÍÏæÏåÇ ÍÊì ÊÛÑÈ ÇáÔãÓ º áÃä åÐÇ ÇáæÞæÝ ãÄÞÊ ÈÛÑæÈ ÇáÔãÓ ¡ ÝßãÇ Ãäå áÇ íÌæÒ ááÕÇÆã Ãä íÝØÑ ÞÈá ÛÑæÈ ÇáÔãÓ ¡ ÝáÇ íÌæÒ ááæÇÞÝ ÈÚÑÝÉ Ãä íäÕÑÝ ãäåÇ ÞÈá Ãä ÊÛÑÈ ÇáÔãÓ .

"Ada jemaah yang meninggalkan Arafah sebelum matahari terbenam, dan pergi ke Muzdalifah. Ini merupa kesalahan yang besar, yang mana mereka berlagak seperti musyrikin yang biasa meninggalkan Arafah sebelum terbit matahari. Ini bertentangan dengan Hadith Nabi saw yang tidak meninggalkan Arafah sehingga matahari terbenam dan kelihatan kekuningan dan kemerahan matahari hilang, sebagaimana yang diterangkan didalam Hadith Jaabir (r.a.).

Berdasarkan kepada ini, jemaah Haji kena tinggal di Arafah, didalam akwasannya, kerana wukuf ialah sehingga terbenamnya matahari, sebagaimana tidak dibenarkan berbuka sebelum terbenam matahari, maka tidak dibenarkan mereka meninggalkan wukuf sebelum terbenam matahari."

b. Kesilapan tidak bermalam di Muzdalifah

[="#0000ff" size="3"]Ãä ÈÚÖ ÇáÍÌÇÌ íÏÝÚæä ãä ãÒÏáÝÉ ÞÈá Ãä íãßËæÇ ÝíåÇ ÃÏäì ãßË¡ ÝÊÌÏå íãÑ ÈåÇ ãÑæÑÇ æíÓÊãÑ æáÇ íÞÝ¡ æíÞæá : Åä ÇáãÑæÑ ßÇÝ ¡ æåÐÇ ÎØà ÚÙíã ¡ ÝÅä ÇáãÑæÑ ÛíÑ ßÇݺ Èá ÇáÓäÉ ÊÏá Úáì Ãä ÇáÍÇÌ íÈÞì Ýí ãÒÏáÝÉ ÍÊì íÕáí ÇáÝÌÑ ¡ Ëã íÞÝ ÚäÏ ÇáãÔÚÑ ÇáÍÑÇã íÏÚæ Çááå ÊÚÇáì ÍÊì íÓÝÑ ÌÏÇ¡ Ëã íäÕÑÝ Åáì ãäì ( æÇáÅÓÝÇÑ åæ ÇäÊÔÇÑ ÖæÁ ÇáäåÇÑ ÞÈá ØáæÚ ÇáÔãÓ ) ¡ æÑÎÕ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ááÖÚÝÉ ãä Ãåáå Ãä íÏÝÚæÇ ãä ãÒÏáÝÉ Èáíá . æßÇäÊ ÃÓãÇÁ ÈäÊ ÃÈí ÈßÑ ÑÖí Çááå ÚäåãÇ ÊÑÞÈ ÛÑæÈ ÇáÞãÑ ÝÅÐÇ ÛÇÈ ÇáÞãÑ ÏÝÚÊ ãä ãÒÏáÝÉ Åáì ãäì .
æåÐÇ - ÇáÏÝÚ ÈÚÏ ÛÑæÈ ÇáÞãÑ - íäÈÛí Ãä íßæä åæ ÇáÍÏ ÇáÝÇÕá ¡ áÃäå ÝÚá ÕÍÇÈí¡ æÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÃÐä ááÖÚÝÉ ãä Ãåáå Ãä íÏÝÚæÇ Èáíá¡ æáã íÈíä Ýí åÐÇ ÇáÍÏíË ÍÏ åÐÇ Çááíá ¡ æáßä ÝÚá ÇáÕÍÇÈí ÞÏ íßæä ãÈíäÇ áå æãÝÓÑÇ áå. æÚáíå ¡ ÝÇáÐí íäÈÛí Ãä íÍÏÏ ÇáÏÝÚ ááÖÚÝÉ æäÍæåã ããä íÔÞ Úáíåã ãÒÇÍãÉ ÇáäÇÓ ¡ íäÈÛí Ãä íÞíÏ ÈÐáß ÈÛÑæÈ ÇáÞãÑ ¡ æÛÑæÈ ÇáÞãÑ Ýí ÇááíáÉ ÇáÚÇÔÑÉ íßæä ÞØÚÇ ÈÚÏ ãäÊÕÝ Çááíá ¡ íßæä ÈãÖí ËáËí Çááíá ÊÞÑíÈÇ .

"Ada jemaaah yang meninggalkan Muzdalifah sebelum mengahbiskan masa minima disana, maka kelihatan mereka melalui sahaja tanpa berhenti, dan mengatakan bahawa melalui sahaja sudah memadai. Ini merupakan eksalaha yang besar, kerana melalui sahaja tidak mencukupi, kerana didalam Sunnah menunjukkan para jemaah disuruh berhenti di Muzdalifah sehingga solat subuh, dan berhenti di -Mash’ar al-Haraam melakukan do'a, sehinggalah matahari dekat-dekat terbit, mereka akan berangkat ke Mina. nabi saw memebri izin kepada mereka yang lemah bersama keluarga, meninggalkan Muzdalifah diwaktu malam. Asma' bt Abu Bakar meninggu sehingga terang bulan, dan apabila bulan hilang beliau telah meninggalkan Muzdalifah dan pergi ke Mina.

Perkataan Ini - iaitu meninggalkan Muzdalifah selepas bulan terbit, harus dijadikan kriteria, kerana ini adalah perbuatan sahabat, dan nabi saw memberi keizinan pada mereka yang lemah dan keluarganya meinggalkannya pada waktu malam. Faktor yang patut dilihat ialah lemah dan lain-lain seperti kesesakkan dimana mereka akan meninggalkan Muzdalifah dimalam ke 10 Zulhijjah, setelah pertengahan malam, yang dianggarkan 2/3 malam yang telah berlalu."

---------------

Sebagai kesimpulan, walaupun Mazhab Syafie membenarkan berhenti seketika, adalah lebih afdal berwukuf di Arafah sehingga terbenam matahari. menuruti apa yang dilakukan oleh Nabi saw. Disana kita boleh memperbanyakkan zikir-zikir dan beristigfar kepada Allah swt, kerana hari Arafah merupakan hari-hari yang Allah akan ampunkan dosa hambanya . Walaupun tidak semua jemaah Haji Malaysia bermalam di Muzdalifah, namum hendaklahnya berhenti sebentar di Muzdalifah sehinggalah 2/3 malam seperimana yang dilakukan oleh para sahabat jika keadaan mengizinkan. Kalaulah keadaan tidak mengizinkan, seperti keadaan yang sesak di Muzdalifah atau bas jemaah diarah keluar, maka ia dimaafkan sebagaimana didalam fatwa Al-Daa'imah (11/202) berdasarkan ayat Al-Quran dibawah :

[="#ff00000" size="3"]áÇ íßáÝ Çááå äÝÓÇð ÅáÇ æÓÚåÇ
“Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. ” - [al-Baqarah 2:286]
[="#ff00000" size="3"]ãÇ íÑíÏ Çááå áíÌÚá Úáíßã ãä ÍÑÌ
“Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan)” - [al-Maa’idah 5:6]
[="#ff00000" size="3"]ÝÇÊÞæÇ Çááå ãÇ ÇÓÊØÚÊã
“Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu ” - [al-Taghaabun 64:16]

wallahu 'alam

-wassalam-

------------------
Rujukan :

1] Dr Wahbah Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa'adilatuhu/i>. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989.

2] Mohammad Nasyiruddin Al-Albani. [i]Manaasik-ul-Hajj wal 'Umrah fil Kitaab wa Sunnah wa Athar as-Salaf . Riyad : Maktab Al-Islami, 1975.

3] Ibnu Utsaimin. Daleel al-Akhta’ allati yuqa’ fiha al-Haaj wa’l-Mu’tamir cetakan baru. Riyad : Pejabat al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Iftaa’, 2001.

4] Fatawa Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 11. cetakan ke 3. Riyad : dar Al-Mua'yad, 2000.

خيرالأمين