SJ - 2797 : DAM AKAD NIKAH MASA IHRAM HAJI/UMRAH

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2797 : DAM AKAD NIKAH MASA IHRAM HAJI/UMRAH

:salam
Antara perkara2 yang haram dilakukan oleh org yg sedang berada dalam ihram haji/umrah ialah akad nikah. Tetapi jika kesalahan tersebut dilakukan pelakunya tidak dikenakan dam cuma akad tersebut batal sahaja. Persoalannya, apakah sebab/punca kesalahan ini tidak dikenakan dam berbeza dengan larangan2 lain seperti memakai wangi2an, menutup muka bagi wanita dll lagi. Minta penjelasan.
:wassalam

Re: SJ - 2797 : DAM AKAD NIKAH MASA IHRAM HAJI/UMRAH

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan Pn Nieta75 dengan kemampuan yang ada, Insyaallah.

Akad Nikah disenaraikan didalam salah satu dari perkara-perkara yang diharamkan bagi seseorang yang berada didalam keadaan Ihram. Perbincangan mengenai hukum ini, bukan sahaja di bincangkan didalam bab haji, akan tetapi ia juga dibincangkan didalam bab perkahwinan, iaitu dibawah bab perempuan yang boleh dikahwini. Apa yang dihukumkan disini bukanlah berkisar kepada fidyah yang dikenakan, tetapi perkara yang lebih pokok, iaitu sah atau tidak pernikahan tersebut.

Bekas Pengerusi Lajnah Fatwa Al-Azhar, Sheikh Atiyyah Saqr didalam memberi komen mengenai isu ini mengatakan bahawa :

[="#0000ff" size="3"]ÚÞÏ ÇáäßÇÍ áäÝÓå Ãæ áÛíÑå ÈÃí æÌå ãä ÇáæÌæå ¡ æíÞÚ ÇáÚÞÏ ÈÇØáÇ áÇ ÊÊÑÊÈ Úáíå ÇóËÇÑå ÇáÔÑÚíÉ¡ æÏáíáå ÍÏíË ÑæÇå ãÓáã æÛíÑå Úä ÚËãÇä Èä ÚÝÇä ÑÖì Çááå Úäå Ãä ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã " ÞÇá " áÇ íóäßÍ ÇáãÍÑã æáÇ íõäßÍ æáÇ íÎØÈ " æáã íÌíÁ Ýí ÑæÇíÉ ÇáÊÑãÐí " æáÇ íÎØÈ " æåæ ÍÏíË ÍÓä ÕÍíÍ .þ æÞÇá ÈåÐÇ ÇáÍßã ÌãåæÑ ÇáÝÞåÇÁ :þ ãÇáß æÇáÔÇÝÚí æÃÍãÏ ¡ æáÇ íÚÊÑÖ Úáíå ÈãÇ Ñæì Ãä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÊÒæÌ ãíãæäÉ æåæ ãÍÑã ¡ ÝÅä ÇáÑæÇíÉ ÇáÕÍíÍÉ Úä ãÓáã Ãäå ÊÒæÌåÇ æåæ ÍáÇá .ÞÇá ÇáÊÑãÐí :þ ÇÎÊáÝæÇ Ýí ÊÒæÌ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ãíãæäÉ ÍíË ÊÒæÌåÇ Ýí ØÑíÞ ãßÉ¡ ÝÞÇá ÈÚÖåã :þ ÊÒæÌåÇ æåæ ÍáÇá ¡ æÙåÑ ÃãÑ ÊÒæíÌåÇ æåæ ãÍÑã ¡ Ëã Èäì ÈåÇ æåæ ÍáÇá Ýí"ÓÑÝ "Ýí ØÑíÞ ãßÉ .æÇáÍäÝíÉ ÎÇáÝæÇ ÇáÌãåæÑ æÃÌÇÒæÇ ÚÞÏ ÇáäßÇÍ ááãÍÑã ¡ æáíÓ áåã Ïáíá Úáì Ðáß æÞÇáæÇ :þ ÇáããäæÚ åæ ÇáÌãÇÚ æáíÓ ÇáÚÞÏ

--------------------
Terjemahan yang diolah :

"Aqad nikah untuk dirinya sendiri atau untuk orang lain mempunyai beberapa pendekatan, nikahnya jatuh kepada batal dari segi syara', dalilnya dari hadith Nabi riwayat Muslim dan yang lainnya. Dari Uthman bin Affan ra. bahawa Nabi saw bersabda :"Tidak boleh bernikah didalam Ihram, atau menikahkan atau melamar/meminang". Didalam riwayat Tirmudzi tiada perkataan "melamar" dan ia adalah Hadith Hasan Sahih. Para ulama Jumhur, Malik, Syafie dan Ahmad, dan mereka tidak menolak riwayat bahawa Nabi saw telah bernikah dengan Maimunah didalam keadaan berihram. Sesungguhnya riwayat yang sahih datang dari Muslim yang menyatakan bahawa sesungguhnya dia berkahwin semasa berkeadaan halal (belum ihram). Al-Tirmudzi berkata :"Mereka berselisih pendapat mengenai perkahwinan Nabi saw dengan Maimunah semasa perjalanan ke Mekah, dan sebahagian yang berkata : dia berkahwin didalam keadaan halal (bukan didalam ihram), kemudian mencampurinya didalam keadaan halal di Saraf didalam perjalanan ke Mekah. Hanafiyyah berselisih pendapat dengan jumhur dan membenarkan aqad nikah semasa didalam ihram, dan bukanlah kepada mereka dalil tersebut dan berkata : yang dilarang ialah berjima' dan bukannya akad."

Apa yang timbul disini ialah dua pendapat :

1. Jumhur ulama' berpendapat : Batal pernikahan tersebut atas dalil Hadith Muslim. Mereka berpendapat Nabi saw mengahwini Maimunah sebelum berada didalam keadaan Ihram.

2. Mazhab Hanafi : Sah nikah, cuma yang diharamkan ialah berjima' dengan membawa dalil Nabi saw mengahwini Maimunah.

Dr. Wahbah Zuhaily mengatakan bahawa :

[="#0000ff" size="3"]ÝíÍÑã æáÇ íÕÍ ÚäÏ ÇáÌãåæÑ ÅáÇ Ýí ÍÞ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã - Åä ËÈÊ ÊÒæÌå ãíãæäÉ æåæ ãÍÑã - æáÇ ÝÏíÉ Ýíå...
"Haram [bernikah] dan tidak sah disisi jumhur melainkan ia adalah hak Nabi saw - jika thabit perkahiwnannya dengan Maimunah semasa didalam Ihram - Tiada fidyah baginya......"

Kesimpulannya, apa yang kami lihat disini ialah bab bernikah ini agak unik jika dibandingkan dengan larangan-larangan yang lain, dimana melanggar larangan tersebut bagi larangan yang lain dikenakan fidyah dan ada juga yang membatalkan ibadat haji, seperti berjima'. Fokus perbincangannya Nikah didalam Ihram ialah samada sah atau tidaknya nikah tersebut, kerana dikatakan Nabi bernikah dengan Maimunah semasa didalam Ihram. Walaubagaimana pun, jumhur mengatakan, kalaulah benar Nabi saw didalam Ihram, maka itu adalah keistimewaan dan hak beliau yang dikecualikan dari larangan tersebut. Akan tetapi, Mazhab Hanafi berpegang kepada ketetapan, SAH nikah, yang haram ialah berjima'.

wallahu'alam, wassalam.

=============
Rujukan :

1] Shiekh Atiyah Saqr. [="#800000" size="3"]ãÍÙæÑÇÊ ÇáÅÍÑÇã url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=21158

2] Dr Wahbah Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa'adilatuhu - 3. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989. ms. 242-243.

خيرالأمين