SJ - 2922: Fatwa Malizia

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2922: Fatwa Malizia

:salam
Saya teringin nak tahu bagaimana proses-proses fatwa, pihak2 terlibat, cara2 fatwa digezetkan dsb di Malaysia ni. Saya hairan selama saya boleh membaca ni, belum pernah lagi saya dapat surat atau fatwa dari majlis fatwa tentang apa2 fatwa yg sudah dikeluarkan. Ini kerana saya pernah mendengar, fatwa haram merokok sudah dikeluarkan oleh majlis fatwa tapi kenapa berita ini tak sampai kepada saya (contoh)?

Re: fatwa

:salam

Ini sekadar sekilas pandang shj.

Fatwa adalah tertakhluk di bawah enakmen pentadbiran undang2 Islam setiap negeri.

Seksyen 35 (7) memperuntukan apabila mufti hendak mengeluarkan fatwa, hendaklah beliau memanggil jawatan kuasa undang2 utk membincangkan fatwa yg dikeluarkan berhubung sesuatu perkara.

Seksyen 36 memperuntukan bhw mufti hendaklah atas arahan yg di pertua dan boleh atas usulnya sendiri atau selepas menerima permohonan bertulis dari mana2 org yg dialamatkan kpd setiausaha.

Sesuatu fatwa hendaklah menyebut bahawa dibuat menurut seksyen 34, Sesuatu fatwa hendaklah disiarkan dlm bahasa kebangsaan dlm tulisan rumi ttp teks fatwa dlm tulisan jawi boleh disediakan (seksyen 35).

Seksyen 37 memperuntukan jawatan kuasa perundingan hukum syarak terdiri drpd
a. Mufti sbg pengerusi
b. Timbalan mufti
c. Dua org anggota majlis yg dipilih oleh majlis
d. Tidak kurang 2 org yg layak dan sesuai dilantik oleh majlis
e. Seorang pegawai agama islam dilantik menjadi setiausaha.

Peringkat kebangsaan - Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

Ditubuhkan oleh majlis raja2 pada 1 julai 1969. Jawatankuasa ini bertujuan menyelaras kerja, aktiviti dan pentadbiran hal ehwal agama islam di malaysia.

Di bawah peruntukan peraturan 7, tugas2 jawatankuasa ialah:
1. Membincangkan, menimbangkan dan menguruskan apa2 perkara yg dirujuk kpd majlis oleh Majlis Raja2, mana2 kerajaan negeri atau majlis agama islam negeri atau seorang ahli majlis dgn tujuan hendak memberi nasihat ataupun pengesyoran
2. Memberi nasihat kpd majlis raja2, kerajaan negeri atau majlis agama islam negeri atas apa2 perkara yg berkenaan dgn perundangan atau pentadbiran agama islam dgn tujuan hendak memperbaiki, menyamakan atau menggalakkan persamaan undang2 atau pentadbiran

jawatan kuasa ini jarang bersidang. Sebaliknya muzakarah boleh diadakan dgn kerap dan tidak terikat kpd prosedur jawatankuasa fatwa. Difahamkan terdapat 40 atau lebih muzakarah telah diadakan dan ia berkaitan pelbagai isu. Muzakarah tidak bersifat binding tetapi mestilah dibawa ke peringkat jawatankuasa syarak atau perundingan hukum syarak utk tindakan selanjutnya. Berbeza dgn bersidangnya jawatan kuasa fatwa.

Dari segi documentation fatwa2 mengikut negeri, hanya ada bbrp negeri sahaja membukukan fatwa dan menyiarkan. Begitulah rumitnya proses2 dan prosedur fatwa di malaysia.

:wassalam

P/s:
Enakmen Jenayah Syariah 1995 Negeri selangor di bawah seksyen 12 memperuntukan mana2 org yg bertindak dgn secara menghina kuasa yg sah atau mengingkari, melanggari atau mempertikaikan perintah atau arahan:
a. Duli Yg Dipertua Sultan atas sifat sultan sbg ketua agama islam
b. Majlis fatwa
c. Mufti, yg dinyatakan atau diberikan fatwa
Adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan ia boleh didenda tidak melebihi RM3000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua2nya sekali.

Malangnya peristiwa kes ratu cantik, bekas mufti selangor hilang kuasa. Malah di’tendang’ keluar.

Re: SJ - 2922: Fatwa Malizia

:wassalam
JKK kepada Ust Zayed kita.
Mengulas kenapa Fatawa itu tidak tersebar spt Fatawa Brunei DS atau Fatawa di Timur Tengah, misalnya Lajnah alBuhuth KSA, Daruf Ifta' Egypt, Lajnah Fatwa alAzhar, Fatawa alQardhawi, Fatawa Islam Online, ini kena dimajukan kepada JAKIM sendiri. JAKIM ada website dan ada ruangan Fatawa, tapi masih banyak yg kosong (Jodol atau headlines sudah establish tapi content belum ada). WA