SJ - 2957 : Si dia bermasalah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2957 : Si dia bermasalah

Baru-baru ini, kekasih saya mengakui yang dia mempunyai masalah ED (erectile dysfunction).
Saya amat menyayanginya dan sanggup berusaha meng'idealisasi'kan impian kami. Tetapi mungkin saya tidak bersikap realistik.
Apakah pandangan yang terbaik dari sudut Islam?
Terima kasih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2957 : Si dia bermasalah

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdri Didy dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Erectile dysfunction (ED) didefinasikan sebagai seorang lelaki itu tidak berkeupayaan mencapai atau mempertahankan ereksi yang secukupnya terhadap kehendak seks atau kehendak isterinya. Dilaporkan kebanyakkan lelaki yang telah mencapai usia 40 akan menghadapi pengalaman ini.

Perkahwinan merupakan satu ikatan di diredhai dan dipersetujui oleh kedua belah pihak (bakal suami dan isteri). Salah satu anjuran perkahwinan ialah memperbanyakkan zuriat agar dapat mewujudkan ramai umat Islam dimuka bumi ini. Islam juga mengharamkan vasectomy bagi lelaki dan hysterectomy (membuang rahim) bagi kaum wanita tanpa sebab-sebab perubatan. Kerana memutuskan punca peranakan tanpa sebab-sebab kesihatan adalah haram didalam Islam.

Seseorang itu dikatakan hendaklah mencari pasangan yang subur, beragama, keturunan yang baik dan sebagainya. Ini kesemuanya adalah garis panduan agama kearah membentuk keluarga bahagia. Perkahwinan juga memerlukan keredhaan kepada kedua-dua belah pihak.

Hubungan kelamin yang baik merupakan salah satunya punca kebahagiaan rumah tangga. Dari Abdullah bin 'Amr in Al-'Aas, telah berkata, Nabi saw bersabda :-

[="#800000" size="3"]íÇ ÚÈÏ Çááå Ãáã ÃõÎÈÑ Ãäß ÊÕæã ÇáäåÇÑ æÊÞæã Çááíá ¿ ÞáÊ : Èáì íÇ ÑÓæá Çááå . ÞÇá : ÝáÇ ÊÝÚá . Õã æÃÝØÑ ¡ Þã æäã ¡ ÝÅä áÌÓÏß Úáíß ÍÞÇð ¡ æÅä áÚíäß Úáíß ÍÞÇð æÅä áÒæÌÊß Úáíß ÍÞÇð
"Ya Abdullah, apakah tidak aku dikhabarkan bahawa engkau berpuasa sepanjang hari, bersolat dipanjang malam? Saya berkata : YA, Ya Rasulullah. Baginda bersabda : 'Jangan melakukan itu. Berpuasa dan berbukalah, bersolat dan tidurlah. Sesungguhnya jasad kamu ada hak diatas kamu, mata kamu ada hak diatas kamu dan isteri kamu ada hak keatas kamu" - [Riwayat Bukhari].

Malah didalam satu soalan yang dikemukan oleh Sheikh Salih Al-Munajjid kepada Sheikh Ibn Utsaimin semasa beliau menjadi Mufti Saudi mengenai suami yang menghidap ED, kata beliau :-

[="#0000ff" size="3"]Ãäå ÅÐÇ ßÇäÊ ÊÊÃËÑ ÈÐáß æíÝæÊ ÚáíåÇ äÕíÈ ãä ÇáÇÓÊãÊÇÚ ÝáÇ ÈÃÓ ÈØáÈ ÇáØáÇÞ ¡ æÅÐÇ ßÇä áÏíåÇ ÃæáÇÏ ÝáÇ ÊÊÚÌá
"Sesungguhnya jika ini mengecewakan isteri dan membuat beliau hilang nikmat keseronokan, maka tiadalah salah untuk isterinya menuntut cerai, akan tetapinjika ia mempunyai anak maka janganlah ia terlalu tergesa-gesa"

Menurut Sheikh Ibnu Jibrin (Fatawa Islamiyyah 3/161):-

[="#0000ff" size="3"] ÌäÓ ÇáÈÔÑ ÞÏ íæÌÏ Èíäåã ÇáÊÝÇæÊ ÇáßÈíÑ Ýí åÐå ÇáÔåæÉ ¡ Ýãäåã ãä åæ ÔÏíÏ ÇáÛáãÉ Þæíø ÇáÔÈÞ ¡ æãäåã ãä åæ Ïæä Ðáß ÈßËíÑ Ãæ ÈÞáíá ¡ æåäÇß ãä áÇ ÔåæÉ áå ÃÕáÇð ¡ .. ÝÅä ßÇäÊ áß ÔåæÉ Ýí ÇáäßÇÍ æáæ ÞáíáÉ Ýáß Ãä ÊÊÒæÌ ¡ æíßÝí Ýí Ðáß Ãä ÊÊãßøä ãä ÇáæØÁ æáæ Ýí ßáø ÔåÑ ãÑøÉ Ãæ Ýí ßáø ÔåÑíä
"manusia mempunyai keinginan seks yang pelbagai. Ada yang mempunyai keinginan seks yang tinggi, ada yang kurang dan ada juga yang tiada keinginan langsung. Jika seseorang ada keinginan seks, walaupun sedikit maka ia bolehlah berkahwin; adalah memadai keupayaannya melakukan persetubuhan, walaupun hanya 1 bulan sekali atau setiap 2 bulan."

Jika seseorang itu tiada berupaya langsung untuk melakukan hubungan kelamin akan tetapi masih ingin berkahwin, maka Sheikh Muhammad Salih Al-Munajjid berkata :-

[="#0000ff" size="3"]æÃãÇ ÅÐÇ ßÇä åäÇß ÚÌÒ ÊÇã Úä ÇáæØÁ ÝáÇ ÈÏø ãä ÈíÇä Ðáß áæáíø ÇáãÎØæÈÉ ÞÈá ÇáäßÇÍ
"Jika dia tidak mempunyai keupayaan langsung untuk melakukan persetubuhan, maka hendaklah ia dijelaskan kepada wali wanita tersebut sebelum perkahwinan berlangsung"

Dengan kata lain, jika bakal isterinya boleh terima dan juga kaum keluarganya meredhai keadaannya itu, maka bolehlah diteruskan perkahwinan.

Realistik atau tidak realistik adalah dari segi kacamata anda. Cuba lihat akan kenyataan ulama' yang kami nyatakan diatas, dan ukurlah dengan daya keinginan seks diri sendiri. Apakah sanggup kita memikul dugaan dan bersabar atas kekurangan yang ada. Pohonlah petunjuk dari Allah swt. Disamping itu, terdapat beberapa perubatan yang boleh dilakukan oleh mereka yang mengidap penyakit ED ini, iaitu secara Non-surgical Treatment (tanda pembedahan), seperti menggunakan pil Viagra dsb dan juga Surgical Treatment (Pembedahan). Kalau anda redha dan boleh menerima keadaan pasangan anda, maka jadilah manusia yang bersabar, moga Allah memberi ganjarannya kepada kamu. Lakukanlah Solat Istikhaarah agar mendapat petunjuk dari Allah swt. Wallahu'alam.

wassalam
----------------

Rujukan :-

1. Sheikh Muhammad Salih Al-Munajjid. [="#800000" size="3"]åá íÌæÒ ÇáÒæÇÌ áãä íÚÇäí ãä ÇáÖÚÝ ÇáÌäÓí
url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=10620&dgn=3&dgn=2

خيرالأمين