SJ - 2959 : Solat sunat lepas terbit matahari.

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2959 : Solat sunat lepas terbit matahari.

Assalamualaikum.
Di sini saya ada beberapa kemusykilan. saya ada terndengar dlm satu penyampaian ada hadith yg mengatakan bahawa barang siapa yg solat subuh dgn berjamaah dan terus duduk sambil berzikir setelah selesai solat sehinggalah terbit matahari dan kemudiannya solat sunat 2 rakaat, Allah s.w.t akan beri ganjaran seolah2 dia mengerjakan haji/umrah yg diterima. Dan jika dia bersolat 2 rakaat lagi, Allah s.w.t akan selesaikan segala keperluannya pada hari tersebut.
Soalan saya: 1. apakah status hadith tersebut.
2. apakah solat-solat sunat yg dimaksudkan dlm hadith
tersebut.
3. apakah perbezaan diantara solat sunat
ihsrak dan dhuha? bilakah masa nak menunaikannya?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2959 : Solat sunat lepas terbit matahari.

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Terima kasih sdr KkBinjai diatas soalan diatas, dan kami mengucapkan Ahlan wa sahlan dan Selamat mengunjung ke al-Ahkam. Kami akan cuba menjawab soalan sdr dengan semampu yang mungkin. Untuk makluman sdr, soalan no:3 telah pun kami jawab didalam SoalJawab yang lepas.

1. Hadith diatas adalah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Al-Tirmudzi mengatakan bahawa Nabi saw bersabda :-

[="#800000" size="3"] ãä Õáì ÇáÝÌÑ Ýí ÌãÇÚÉ Ëã ÞÚÏ íÐßÑ Çááå ÍÊì ÊØáÚ ÇáÔãÓ Ëã Õáì ÑßÚÊíä ßÇäÊ áå ßÃÌÑ ÍÌÉ æÚãÑÉ . ÞÇá : ÞÇá ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã : ÊÇãÉ ÊÇãÉ ÊÇãÉ
"Barangsiapa yang bersolat Fajar (Subuh) berjemaah, kemudian duduk dan mengingati Allah sehingga matahari naik, kemudian bersolat 2 rakaat, akan mendapat ganjaran seperti Haji dan Umrah." Dia berkata : Rasulullah saw berkata : "sempurna, sempurna, sempurna". (Didalam Al-Jumu'ah 535)

Hadith ini dikelaskan sebagai HASAN oleh Al-Albani didalam Sahih Sunan al-Tirmudzi, 480.

2. Yang dimaksudkan solat sunat disini ialah Solat Sunat Isyraaq atau Duha.

3. Solat Sunnat Isyaaq dan Solat sunat DUHA adalah sama sahaja. Jawapannya telah kami jawab didalam SoalJawab url dibawah, Sila klik untuk mendapatkannya:-

1. SJ - 2763 : Solah Isyrak dan Solah Duha
2. SJ - 2812 : Solat sunat Awwabeen

Kami ulangi petikan dari url diatas ini :-

a. Sheikh Ibnu Utsaimin didalam Al-Sharh al-Mumti’(4/122) menyatakan bahawa waktu solat Duha ialah :

[="#0000ff" size="3"]ãä ØáæÚ ÇáÔãÓ æÇÑÊÝÇÚåÇ Åáì ÞÈíá æÞÊ ÕáÇÉ ÇáÙåÑ . ...
".... dari Terbit matahari pada ketinggian tertentu sehingga sebelum waktu Solat Zohor"

Dengan ertikata lain, beliau mengatakan bahawa waktunya kira-kira :

[="#0000ff" size="3"]ÈÚÏ ÔÑæÞ ÇáÔãÓ ÈÑÈÚ ÓÇÚÉ Åáì ÞÈíá ÕáÇÉ ÇáÙåÑ ÈÚÔÑ ÏÞÇÆÞ
"Selepas naik matahari 1/4 jam sehingga 10 minit sebelum zohor"

b. Sheikh Abdul Aziz bin baaz (majmu' fataawa, 11/401) mengatakan :

[="#0000ff" size="3"]ÕáÇÉ ÇáÅÔÑÇÞ åí ÕáÇÉ ÇáÖÍì Ýí Ãæá æÞÊåÇ .
"Solat Isyraaq ialah Solat Duha diawal waktunya"

Secara ringkas bahawa kedua istilah Solat ini menunjukkan Waktu atau masa sejenis Solat sunat itu dilakukan. Dari segi bahasa [="#800000" size="5"](ÇáÅÔÑÇÞ) Isyraaq menunjukkan terbit atau naik atau cahaya. Duha [="#800000" size="5"](ÖõÍðì ) bermaksud waktu diantara pagi hingga tengahari. Dengan kata lain Solat Duha dan Isyraaq menunjukkan Solat Sunat diwaktu terbit matahari dipagi hari. Jika dilakukan sejurus selepas masuk waktu Syuruuq, maka ia namakan sebagai Solat Al-Isyraaq dan selepas itu dinamakan Duha. Selain dari Imam Syafie, mazhab lain juga menamakan Solat Duha ini sebagai Solat Awwaabiin. Wallahu'alam

-wassalam-
------------------------
Rujukan :-

1. Sheikh Ahmad bin Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fatawa Sheikh Abdul Aziz bin Baaz - 4. Riyad : Dar Al-Watan, 1997.

خيرالأمين