SJ - 3029 : Khutbah Conference

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3029 : Khutbah Conference

:salam

Memandangkan sekarang ini serba canggih, boleh ke Khutbah Jumaat diadakan secara video conferencing. Maklum lah, nak menyeragamkan isi khutbah dibeberapa masjid di satu daerah sbg satu contohnya. Contohnya ada 4 masjid, A B C dan D. Cuma masjid A yg baca khutbah dan masjid lain tgk dan dengar melalui VIDEO Conferencing.. boleh ke ustaz?

:bunga

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 3029 : Khutbah Conference

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Terima kasih sdri elyn dengan soalan diatas, kami akan cuba menjawabnya dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Solat Jumaat merangkumi peraturan-peraturan yang berkisar mengenai Khutbah Jumaat, Khatib, Makmum, Solat Jumaat, tempat Solat Jumaat dan sebagainya. Ia merangkumi satu pakej, yang dinamakan ibadat Solat Jumaat. Sebagaimana yang kita tahu perkara Ibadat didalam Islam ini merupakan sesuatu yang telah ditetapkan. Ia tidak boleh berubah menurut peredaran zaman. Mengikut kaedah fiqh :-

[="#0000ff" size="4"]ÇáÃÕá Ýí ÇáÚÈÇÏÇÊ ÇáÊæÞÝ
"Asal sesuatu ibadat itu diberhentikan".

Berdasarkan kaedah ini, semua jenis ibadat seperti Solat, Puasa, Haji dan sebagainya memerlukan dalil untuk ia dilaksanakan. Dengan kata lain, ia bergantung kepada sumber-sumber asal dan ia tidak boleh menerima pembaharuan. Kita lihat beberapa syarat sah Solat Jumaat bagi mendekati persoalan yang sdri kemukakan itu.

Salah satu syarat sah Jumaat ialah mestilah bersama Imam dan ibadat itu berlaku didalam masjid. Malah ulama' Maliki meletakkan syarat tambahan iaitu Solat Jumaat hendaklah dilakukan dengan Imam yang tinggal di tempat tersebut, walaupun ia bukan penduduk asal. Dengan kata lain, Imam tidak boleh berstatus musafir. Imam itu sendiri hendaklah menjadi khatib kecuali kalau dia uzur. Solat Jumaat juga disyaratkan hendaklah ditunaikan di dalam masjid, tidak sah dilakukan di bangunan-bangunan atau pun dirumah.

Khutbah merupakan syarah sah ibadat Jumaat berdasarkan firman Allah :-

[="#ff00000" size="3"]ÝóÇÓúÚóæúÇ Åöáóì ÐößúÑö Çááøóåö
"maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah " - [Al-Jum'ah 62:9]

Dr Wahbah Zuhaily mengatakan bahawa makna "Al-Zikr" didalam Solat Jumaat tersebut adalah khutbah Jumaat, ini adalah kerana Nabi saw tidak pernah menunaikan solat Jumaat tanpa berkhutbah.

---------------
Dengan adanya Video conferencing, Imam atau Khatib tidak lagi berperanan didalam masjid B,C dan D. Adalah menjadi syarat sah pakej Solat Jumaat bahawa Imam dan Khatib mesti berada didalam masjid tersebut. Begitu juga dengan makmum yang ingin bersolat Jumaat, mesti berada didalam masjid. Maknanya komponen Imam, Khatib, penyampaian khutbah dan solat Jumaat mesti berlaku didalam masjid yang sama. Berdasarkan kepada prinsip ini, maka Solat Jumaat di B, C dan D tidak cukup syarat sah Jumaat.

Begitu juga dengan isu rumah yang berjiran dengan masjid, dimana khutbahnya didengari, suara Imam yang bersolat didengari melalui pembesar suara. Apakah boleh bersolat Jumaat didalam rumah sambil mendengar mikrofon masjid?. Ulama' dari Al-Lajnah Al-Daa'imah Arab Saudi telah menjawabnya didalam fatwa bernombor 2437 :

[="#0000ff" size="3"]æáÇ íÌæÒ ááÑÌÇá æáÇ ááäÓÇÁ ÖÚÝÇÁ Ãæ ÃÞæíÇÁ Ãä íÕáæÇ Ýí ÈíæÊåã æÇÍÏÇð Ãæ ÃßËÑ ÌãÇÚÉ ÈÕáÇÉ ÇáÅãÇã Ýí ÇáãÓÌÏ¡ ÑÇÈØíä ÕáÇÊåã ãÚå ÈÕæÊ ÇáãßÈÑ ÝÞØ¡ ÓæÇÁ ßÇäÊ ÇáÕáÇÉ ÝÑíÖÉ Ãã äÇÝáÉ¡ ÌãÚÉ Ãã ÛíÑåÇ¡ æÓæÇÁ ßÇäÊ ÈíæÊåã æÑÇÁ ÇáÅãÇã Ãã ÃãÇãåº áæÌæÈ ÃÏÇÁ ÇáÝÑÇÆÖ ÌãÇÚÉ Ýí ÇáãÓÇÌÏ Úáì ÇáÑÌÇá ÇáÃÞæíÇÁ .
"Tidak boleh untuk lelaki dan wanita yang lemah atau yang kuat bersolat di rumah mereka bersendirian atau berjemaah bersama dengan Solat Imam di masjid, dengan merabitahkan (menjalinkan) solat mereka dengan suara kuat (mikrofon) sahaja, samada solat itu berbentuk Wajib atau Sunat, Jumaat atau selainnya, samada rumahnya belakang atau berdepan dengan nya [masjid]! Adalah wajib menunaikan solat wajib berjemaah dimasjid bagi mereka yang berupaya." - [Fatawa Al-Lajnah Al-Daa'imah 8/213).

---------------
Apabila semua komponen yang dinyatakan tadi cukup (Khatib, Khutbah dan Makmum berada didalam masjid yang sama) maka cukuplah syarat menunai Solat Jumaat. Walaubagaimana pun, media-media seperti TV dan pembesar suara boleh digunakan didalam masjid tersebut bagi tujuan membantu mereka untuk mengikuti khutbah Jumaat tersebut dengan lebih efektif (khusyuk).

Ibadat didalam Islam sudah ditetapkan oleh Allah swt melalui Nabi saw. Ia harus dikekalkan didalam keadaannya yang "lama" (authentic) dan ia tidak boleh ditokok tambah (modified). Telah berkata Ibnu Mas'ud :

[="#0000ff" size="3"]ÇÊÈÚæÇ æáÇ ÊÈÏÚæÇ¡ ÝÞÏ ßÝíÊã Úáíßã ÈÇáÃãÑ ÇáÚÊíÞ
"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"

Sebagai contoh, Imam dan Khatib tidak boleh di substitute (gantikan) dengan siaran langsung melalui video conferencing. Kerana Solat Jumaat itu, Khatib dan khutbahnya menjadi pakej dan komponen didalam masjid yang sedang merealisasikan Solat Jumaat. Standardization Khutbah masih boleh dilakukan didalam bentuk topik dan point yang sama dan mestilah sesuai dengan keadaan setempat dan peredaran zaman agar khutbah menjadi lebih menarik untuk didengari. Wallahu'alam.

-wassalam-
-----------------
Rujukan :-

1. Dr Wahbah Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa'adilatuhu - 2. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989.

2. Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 8. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000.

خيرالأمين