SJ - 3116: [G] Cerai atau Talaq

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3116: [G] Cerai atau Talaq

Assalamualaikum...ustaz sekalian...

Semasa isteri mengandung atau dlm haid dan sebagainyer berdosa menceraikan nyer ....bilakah waktu yg sesuai utk menceraikan isteri setelah semua perbincangan gagal........

Re: Cerai atau Talaq

:salam

Talak merupakan satu perkara yg halal tapi paling dimurkai Allah swt sptmana hadis yg diriwayatkan oleh Abu Dawud yg bermaksud, “Soal halal yg paling dimurkai Allah ialah talak.” Sesungguhnya talak itu kurnian Allah kpd pihak lelaki yg tidak boleh dipandang remeh. Ia juga tidak boleh disalahgunakan walaupun hak mentalak seakan2 diberikan sepenuhnya kpd lelaki. Hendaklah mereka berfikir dgn sewarasnya dalam menggunakan hak ini.

Sebelum kita menjawab mengenai waktu yg boleh ditalakkan ini, ingin saya terangkan sdikit perihal talak ketika haid.

Ulama’ sepakat mengatakan talak ketika haid itu haram. Ini berdasarkan kpd hadis berikut:

Salim dari ayahnya menerangkan, “Ibn Umar ra telah mentalak isterinya, saat isterinya haid. Maka hal itu disampaikan oleh Umar kpd Nabi saw, lalu beliau bersabda, “Suruhlah dia merujuki isterinya, diceraikan dalam keadaan suci atau dalam keadaan hamil.”[HR Jamaah kecuali Bukhari]

Namun begitu, ulama’ berbeza pendpt, apakah talak yg dijatuhkan ketika haid itu sah ataupun tidak. Jumhur ulama’ termasuk Syafi’iyyah mengatakan talak itu sah krn Rasulullah saw menyuruh Ibn Umar merujuk kembali isterinya. Namun Muhaqqiq mengatakan talak itu tidak sah dan menyangkal alasan jumhur dgn mengatakan suruhan Rasulullah saw merujuk itu bukanlah merujuk yg diertikan oleh syara’. Ttp merujuk dgn erti kata bersama kembali. Mereka juga mengatakan bahawa sesuatu yg haram tidak mungkin membawa kpd sah. Mereka berdalilkan kpd hadis berikut,

“Barangsiapa mengamalkan perbuatan yg menyalahi perintah kami, ia(amalannya) tertolak.”[HR Muslim]

Antara ulama’ yg berpendpt sedemikian ialah Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Asy-Syaukani, Ibn Hazm, Ash-Shan’any dlln.

Berbalik kpd soalan sdr., bilakah boleh ditalakkan isteri secara halal. Menurut sunnah, isteri hanya boleh diceraikan dalam keadaan suci dan belum digauli sptmana firman Allah swt,

“Hai Nabi, apabila kamu menceraikan isteri-isterimu maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar)”[65:1]

Ibn Abbas dan Ibn Mas’ud mentafsirkan waktu iddah ialah pada waktu keadaan suci dan belum digauli.

Di samping itu, waktu halal talak ialah ketika isteri hamil dgn yakin berdasarkan hadis yg diutarakan di atas.

Sekian. WA.

:wassalam

Fatawa Muasirah
Dr Yusuf Qaradhawi

Koleksi Hadis2 Hukum 8
TM Hasbi

Syarah Hadis 40
Dr Mustafa al-Bugha & Muhyiddin Misto

Fiqh Sunnah
Sayyid Sabiq

Re: Cerai atau Talaq

Sebagai tambahan...

Kapan dan Bagaimana Perceraian itu Dilakukan?

Islam tidak mensyari'atkan talak (perceraian) pada setiap waktu dan setiap keadaan. Sesungguhnya talak yang diperbolehkan sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As-Sunnah adalah hendaknya seseorang itu pelan-pelan dan memilih waktu yang sesuai. Maka tidak boleh mencerai istrinya ketika haid, dan tidak boleh pula dalam keadaan suci sedangkan ia mempergaulinya. Jika ia melakukan hal itu maka talaknya adalah talak yang bid'ah dan diharamkan. Bahkan sebagian fuqaha' berpendapat talaknya tidak sah, karena dijatuhkan tidak sesuai dengan perintah Nabi SAW Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang melakukan perbuatan tanpa dilandasi perintah kami maka itu tertolak (tidak diterima)."

Dan wajib bagi seseorang yang mentalak bahwa dia dalam keadaan sadar. Apabila ia kehilangan kesadaran, terpaksa, atau dalam keadaan marah yang menutup ingatannya sehingga ia berbicara yang tidak ia inginkan, maka menurut pendapat yang shahih itu tidak sah. Berdasarkan hadits, "Tidak sah talak dalam ketidaksadaran." Abu Dawud menafsirkan hadits ini dengan 'marah', dan yang lain mengartikan karena 'terpaksa'. Kedua-duanya benar.

Dan hendaklah orang yang mencerai itu bermaksud untuk mencerai dan berpisah dari isterinya. Adapun menjadikan talak itu sebagai sumpah atau sekedar menakut-nakuti, maka tidak sah menurut pendapat yang Shahih sebagaimana dikatakan oleh sebagian ulama salaf dan ditarjih oleh Al 'Allamah lbnul Qayyim dan gurunya Ibnu Taimiyah.

Jika semua bentuk talak ini tidak sah maka tetaplah talak yang diniati dan dimaksudkan yang berdasarkan pemikiran dan yang sudah dipelajari sebelumnya. Dan ia melihat itulah satu-satu jalan penyelesaian untuk keselamatan dari kehidupan yang ia tidak lagi mampu bertahan. Inilah yang dikatakan Ibnu Abbas, "Sesungguhnya talak itu harena diperlukan."

http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Masyarakat/Cerai.html#Kapan

Re: SJ - 3116: [G] Cerai atau Talaq

:wassalam
Jawapan Ust G telah diTas-hih